Laman Utama
“Kalau Isu Pakaian Perkara Paling Negatif Pernah Saya Buat...” – Amelia Henderson Tak Cepat Melatah Dengan Komen Netizen
Pelakon, Amelia Henderson tidak cepat walaupun menerima kritikan negatif netizen berkenaan imejnya yang dikatakan terlalu seksi.
Menurut Amelia, kritikan yang diberikan itu dianggap sebagai lumrah seorang figura awam.
“Bila bekerja sebagai seorang public figure, akan ada ramai orang yang bercakap macam-macam mengenai anda.
Advertisement
“Saya rasa bila kita masuk atau ceburi bidang hiburan, kita kena bersedia dengan perkara seperti itu.
“Kadang-kadang apa yang netizen kata itu ada betulnya, kadang kala tidak betul. Sebab mereka tidak kenal pun kita siapa.
“Mereka tiada dengan kita setiap hari jadi untuk saya, saya terima dengan hati terbuka dengan komen-komen yang diberikan kepada saya.
“Tetapi dalam masa yang sama, saya sangat jelas dengan diri saya dan selagi keluarga, orang tersayang ada dengan saya, sokong saya, faham saya, alhamdulillah.
“This is me, sekurangnya saya seorang yang sangat jujur dengan pendirian saya sendiri,” katanya ketika ditemui Gempak pada acara penjenamaan semula Fam’Fries milik aktor Aedy Ashraf yang diadakan di Titiwangsa pada Ahad.
Dalam pada itu, kata Amelia, dia juga mengambil segala komen yang diberikan netizen itu secara positif.
“Saya okay sahaja. Sebenarnya soal pakaian seksi ini sudah berterusan lama. Saya rasa dalam macam-macam komen negatif yang saya pernah baca, ada juga komen-komen positif.
“Saya sangat terharu apabila baca komen positif sebab saya tidak sangka. Mengenai komen negatif pula, kalau setakat isu pakaian adalah perkara paling negatif yang saya pernah buat, okay lah pada saya.
“Saya selalu baca komen sebab saya ingin tahu orang yang sentiasa beri sokongan, ada dengan saya, apa yang mereka katakan tentang saya.
“Tapi setakat ini kebanyakan mesej yang saya baca sekurang-kurang positif,” jelasnya.
Terdahulu, Amelia sering menjadi mangsa kecaman netizen kerana penampilannya didakwa terlalu seksi.
Saksikan Gempak Most Wanted, setiap Rabu jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Go.
Must-Watch Video