Hiburan

“Kalau Kita Tak Tengok & Dengar Komen Orang Dari Luar Saja, Tak Adil,” - Awie

gempak
Asyikin Mayudin
29/04/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Kita Tak Tengok & Dengar Komen Orang Dari Luar Saja, Tak Adil,” - Awie
Penyanyi Datuk Awie melebarkan sayapnya dalam dunia industri seni dengan menjadi pengarah filem pertamanya berjudul Rebel: Berontak Untuk Berotak yang ditayangkan di pawagam pada 2 Mei depan.

Tiada Unsur Negatif

Tiada unsur negatif seperti yang didakwa, Awie mengajak semua orang untuk menonton terlebih dahulu filem arahan pertamanya itu dan memahami perjuangan sebenar yang ingin disampaikan.
“Tengoklah dulu apa yang diceritakan dan apa yang dipersembahkan. Apa yang kita perjuangkan dalam filem ini. Jadi, kalau kita tak tengok dan dengar komen orang dari luar saja, tak adil.
Tengok dulu dan betulkan apa pemikiran negatif mereka. Buat apa kita cuba menegakkan benang yang basah. Kita tak nak sebenar, buat apa?
“Tapi, kita cubalah perbaiki supaya benda yang elok itu, kita lebih elokkan. Jangan kita rosakkan, sayanglah kalau kita tak jaga,” katanya kepada Gempak.
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya kerana sifat ingin mengambil tahu itu semakin kurang.
“Saya bercampur dengan semua golongan masyarakat. Saya bercampur semua, baik (orang) atas, baik yang di bawah, memang semua saya campur dan saya tahu pergerakan itu, saya tahu.
“Rasanya di sekeliling kita, di sebelah rumah pun dah ada ahli-ahli ini, cuma kita saja yang tak nak ambil tahu. Kalau kita ambil tahu sedikit, mungkin kita tahu benda ini yang sebenarnya lebih bagus daripada politik.
“Mereka ini (kumpulan pertubuhan) lebih ada ‘sense of family’ (rasa kekeluargaan) dan patutnya tidak boleh jatuh-menjatuhkan di antara satu sama lain. Mereka ini sebenarnya lebih murni perjalanannya,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Awie Anggap Bayaran Rendah Untuk Artis Veteran Satu Penghinaan - “Berilah Jumlah Wang Yang Selayaknya Kerana…”

BERITA TRENDING: Awie Kini Bergelar Pengarah Filem Aksi - “Ini Satu Tanggungjawab Yang Besar”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024