,
Laman Utama

"Kalau Lakukan Kesilapan Sama Dua Kali..." - Kekasih Alya Iman

Asraf Aided
07/09/2020
09:03 MYT
Kekasih kepada pelakon Alya Iman, Ridhwan Rosli akui tidak memandang kepada kisah silam teman wanitanya itu.
Menurut Ridhwan, dia dan Alya telah mengenali antara satu sama lain dengan baik sejak mula bercinta sekitar Jun lalu.
"Kita semua ada masa silam, saya sendiri pun memiliki dua cahaya mata, kalau Alya mahu memandang pada kisah silam saya, mungkin ramai lagi pilihan di luar sana yang dia boleh pilih.
"Paling penting, kami mengenali antara satu sama lain dengan baik, pada mulanya saya mengenali dia atas dasar kerja, dan dia merupakan kawan rapat adik saya.
"Jadi, dari situ proses perkenalan kami berdua menjadi cepat. Alhamdulillah, begitulah kami mengenali hati budi masing-masing sejak beberapa bulan sebelum ini," katanya kepada Gempak.
Tambah Ridhwan, kontroversi yang melanda Alya sebelum ini hanyalah satu kesilapan dan terkandung hikmah disebaliknya.
"Bagi saya, perkara yang dah berlaku semua ada hikmahnya, sebagai manusia biasa, kita pasti tak terlepas dari melakukan kesilapan.
"Tetapi kalau kita lakukan kesilapan yang sama dua kali, yang pasti silapnya itu kita lah yang bermasalah.
"Saya percaya, semua kata-kata netizen terhadap Alya sebelum ini adalah berdasarkan persepsi, dan persepsi pula adalah satu perkara yang kita susah untuk kawal.
"Apapun, kalau kita yakin dengan apa yang dibuat itu betul, dan kita jalani kehidupan dengan cara yang betul, Insya-Allah, semua benda akan lebih diberkati dan diredhai oleh Allah SWT," katanya lagi.
Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.
BACA: "Saya Telah Bertunang Dengan..." - Dituduh Jadi Perosak Rumah Tangga, Ini Penjelasan Alya Iman
Kontroversi semakin panas apabila isteri kepada ahli perniagaan itu tampil memberi kenyataan.
BACA: Isteri Ahli Perniagaan Dakwa Suami Jalin Hubungan Sulit Dengan Pelakon Alya Iman?
BACA: "Saya Muda & Naif" - Alya Iman Minta Maaf Secara Terbuka
Namun, Alya kini telah meninggalkan kisah silamnya itu dan meneruskan kehidupan dengan pengganti baru.
BACA: "Dia Adalah Teman Lelaki Saya" - Alya Bercinta Dengan Lelaki Anak Dua
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selesa Sebagai ‘Bestie’, Nabil Aqil & Alya Iman Enggan Terjebak Cinta Lokasi

gempak
02/05/2024
09:00 MYT
Pelakon Nabil Aqil dan Alya Iman mengakui enggan terjebak dengan cinta lokasi kerana tidak mahu merosakkan status persahabatan mereka yang sudah terjalin sejak 2021.
Laman Utama

“Saya Rasa Berdosa…” - Alya Iman Jawab Spekulasi Berkahwin Hari ini

gempak
21/08/2023
06:50 MYT
Cantik Alya Iman
Laman Utama

“Saya Terima Dan Tahu Akibat…”- Tampil Dengan Gaun Seksi, Alya Iman Sedia Hadap Kecaman

gempak
27/07/2023
23:54 MYT
Alya mahu jadi diri sendiri.
Laman Utama

Teguran Afiq Muiz Terhadap Imej Tidak Bertudung Alya Iman Raih Perhatian Netizen – “Keputusan Melawan Perintah Allah & Rasul…”

gempak
29/06/2023
23:55 MYT
Netizen kurang senang dengan komen Afiq.
Laman Utama

[VIDEO] “Tak Kisah Cakap Buruk Tentang Saya, Tapi Bila Nak Libatkan Arwah Babah…” - Isu Buka Tudung, Alya Iman Sedih Nama Arwah Bapa Dipetik

gempak
28/06/2023
03:51 MYT
Alya mohon jangan kaitkan penampilannya dengan arwah bapa.
BorakSeeni