Laman Utama

“Kalau Majlis Bila-Bila Masa Pun Saya Terima” – Shiha Zikir Takut Orang Bosan, Tak Nak Kerap Ulas Soal Kahwin

gempak
Mya Amri
22/09/2021
09:35 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Majlis Bila-Bila Masa Pun Saya Terima” – Shiha Zikir Takut Orang Bosan, Tak Nak Kerap Ulas Soal Kahwin
Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir tidak terburu-buru dalam soal mendirikan rumah tangga.
Menurut Shiha, dia lebih selesa untuk tidak meletakkan apa-apa syarat atau sasaran bila mahu berkahwin.
“Benda seperti ini saya tak berani nak berikan apa-apa kenyataan, sebelum ini pun dah pernah cakap mengenai hal begini tetapi masih lagi sama macam sekarang.
“Saya nak elakkan orang rasa macam saya asyik cakap benda sama, tapi masih tak jadi. Jadi sekarang apa yang saya boleh katakan kalau majlis itu berlaku bila-bila masa pun saya terima.
“Maknanya kita tengok pada keadaan, saya tak berani nak cakap bila… Tapi sebagai seorang wanita tambahan pula sudah berusia 34 tahun, tidak dinafikan ramai yang sudah bertanya,” jelasnya.
Shiha berkata demikan sewaktu sesi sidang media secara virtual drama Perisik Cinta Tak Diundang yang berlangsung semalam.
Tambah Shiha lagi, jika sampai masa yang ditunggu sudah pasti dia akan berkongsi berita baik itu kepada umum.
“Bagi saya apa-apa sahaja dalam kehidupan ini, saya bukanlah sejenis orang yang terkejar-kejar atau pun mahu segerakan perkara itu.
“Saya akan tunggu keadaan yang sesuai sebab kita semua tahu perkara itu telah ditetapkan, kalau ia berlaku saya pasti akan kongsi dengan semua,” katanya tersenyum.
Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir sudah menjalinkan hubungan cinta hampir 12 tahun bersama jejaka bernama Kamarul Arifin Baharun atau dikenali sebagai Arul.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024