Berita

"Kalau Nak Keluar UNIC Beritahu Awal Ya" - Selepas Hampir Dua Dekad, UNIC Daftar Cap Dagangan

gempak
ZULHILMI JALIL
08/01/2020
07:53 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Nak Keluar UNIC Beritahu Awal Ya" - Selepas Hampir Dua Dekad, UNIC Daftar Cap Dagangan
Kumpulan nasyid popular, UNIC mendaftarkan nama kumpulannya di Perbadanan Harta Intelek Malaysia sebagai satu cap dagangan.
Ia merupakan usaha yang dilakukan UNIC selepas hampir dua dekad penubuhannya dalam industri hiburan tempatan.
Perkara itu dikongsikan salah seorang ahli anggotanya, Fakhrul menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
"Alhamdulillah officially UNIC®️. Terima kasih @myipo. @bazliunic @najdiunic kalau nak keluar UNIC beritahu awal ya. Penat aku pergi daftar. Doakan @unicofficials 2020 ni guys," kongsinya.
Dalam perkongsian tersebut, Fakhrul turut memuat naik sijil pendaftaran yang menamakan UNIC sebagai milik cap dagangan kepada ketiga-tiga ahlinya.
UNIC kini dianggotai, Mohd. Fakhrul Radhi Khamarudin, Bazli Hazwan Che Osman dan Wan Najdi Wan Mohd. Noh.
Cap dagangan berkenaan sah sehingga 3 Disember 2028 dan perlu diperbaharui setiap 10 tahun.
Dengan perakaun tersebut, ketiga-tiga mereka mendapat hak ekslusif untuk menggunakan cap dagangan berkenaan dalam urusan perjalanan perniagaan mereka.
Pemilik cap dagangan juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live