Isteri kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid megimbau kenangan sewaktu zaman persekolahan.

Menerusi laman sosial Instagram, Shahida berkongsi dia merindui alam persekolahan dan momen-momen nakal pada ketika itu.

Coretan itu juga turut disertakan dengan beberapa foto merakamkan Shahida lengkap berpakaian sekolah dan bersama rakan-rakannya.

“Malam tadi saya mimpi pula saya kembali ke sekolah, panjang betul kisah dia. Tapi, Ya Allah seronoknya sampai bangun tidur pun duk senyum-senyum lagi.

“Inilah realiti zaman sekolah, zaman remaja dan kanak-kanak adalah sangat menyeronokkan. Andai masa boleh diputarkan.

“Saya nak pergi sekolah tiap hari maklumlah dulu kumpulan solehah kalau ada show je kita orang ponteng sekolah.

“Dulu sekolah rendah saya sekolah di SK Seri Perak, sekolah ni unik sebab bawah flat 17 tingkat tapi sekarang mereka dah ada bangunan sendiri.

“Tapi bukan kat Perak tau sekolah tu, kat Sentul je. Zaman dulu pergi sekolah jalan kaki tau, sekolah tadika dah jalan kaki lebih kirang 1 km.

“Zaman sekarang tak berani tau nak bagi anak keluar jalan kaki sendiri. Masuk sekolah menengah baru merasa duduk sekolah ada bangunan sendiri, Di SMK Bandar Baru Sentul.

“Nak kata pandai sekolah tu tidaklah, sederhana je tapi saya memang suka kalau bab sukan-sukan ni. Bak kata mak saya ‘kalau nak mengelinjang sebelum subuh dan celik biji mata’” tulisnya.

Malam tadi saya mimpi pula saya kembali ke sekolah??...panjang betul kisah dia...Tapi, Ya Allah seronoknya sampai bangun tidur pun duk senyum2 lagi......ini la realiti zaman sekolah,zaman remaja dan kanak2 adalah sangat menyeronokkan......andai masa boleh diputarkan. saya nak pergi sekolah tiap hari??...maklumla dulu kumpulan solehah kalau ada show je kita orang ponteng sekolah.. Dulu sekolah rendah saya sekolah di SK Seri Perak,sekolah ni unik sebab bawah flat 17 tingkat,tapi sekarang mereka dah ada bangunan sendiri..tapi bukan kat perak tau sekolah tu ,kat sentul je...?... Zaman dulu pergi sekolah jalan kaki tau,sekolah tadika dah jalan kaki lebih kirang 1 km...zaman sekarang tak berani tau nak bg anak keluar jalan kaki sendiri... . Masuk sekolah menengah baru merasa duduk sekolah ada bangunan sendiri,Di SMK Bandar Baru Sentul . nak kata pandai sekolah tu tidakla,sederhana je....tapi saya mmg suka kalau bab sukan2 ni...bak kata mak saya ‘kalau nak mengelinjang sebelum subuh dan celik biji mata?’... . siapa mak dia dulu2 pun suka bebel mcm tu??

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on


Terdahulu, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007.

Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah serta seorang anak angkat.