Viral

"Kalau Nak Sailang, Orang Sailang Juga Tak Tunggu Masa" - Raysha Nafi Sorok Teman Lelaki

gempak
Amri Hassan
30/10/2018
08:45 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Nak Sailang, Orang Sailang Juga Tak Tunggu Masa" - Raysha Nafi Sorok Teman Lelaki
Pelakon Raysha Rizrose tidak menganggap pendiriannya untuk tidak terlalu mendedahkan teman lelakinya disebabkan perasaan senang tergugat.
Jelas Raysha, 22, hanya mereka mengenali satu sama lain dan tegasnya perampas tidak menunggu masa.
"Kalau nak sailang kekasih orang, letak gambar di Instagram atau tidak pun orang akan sailang juga. Tak ada beza pun.
"Saya tak rasa terlalu selamat dan pada masa sama tak perlu untuk saya ambil peduli apa yang orang cakap mengenai hubungan kami berdua.
"Sebab saya orang yang paling rapat dengannya.
"Sehingga kini hubungan kami bertambah baik dan bukannya mahu sorok teman lelaki tetapi memang pendirian saya untuk tidak terlalu mendedahkan dia," tegas Raysha.
Hubungan cinta antara Raysha dan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri telah melewati fasa enam tahun.
"Kami mula bercinta ketika usia saya 16 tahun, sebelum bergelar artis lagi.
"Pastinya saya mengharapkan hubungan kami berkekalan cuma buat masa sekarang kami mahu menggapai cita-cita masing-masing terlebih dahulu," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Raysha tercalon untuk Anugerah Skrin 2018 menerusi drama lakonannya, Pendosa Ingin Ke Syurga.
Pendosa Ingin Ke Syurga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Sherie Merlis dan Fauziah Nawi.
Anugerah Skrin 2018 akan berlangsung pada Jumaat ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live