Mierul Aiman, jejaka dengan garis rahang (jaw line) yang menjadi perhatian ramai kini muncul dengan satu lagi karakter yang bakal menambat hati ramai terutama gadis-gadis di luar sana.

Melalui watak Ronaldo yang dilakonkan melalui drama Imam Instant Ustazah Scammer yang sudah ditayangkan pada setiap Ahad, 5 Mac lalu di Astro Ria, lentok liuk aktifnya membawakan watak tersebut sudah diterima ramai.

Ramai nak jadi #teamRonaldo

Melalui satu pol (undian)l yang dilakukan secara rawak di laman sosial, ramai yang terdorong menjadi #teamRonaldo melalui drama tersebut. Manakan tidak, Mierul Aiman yang sebelum ini terkenal dengan watak Fakhri yang keras dan memberontak sudah bertukar rentak.

Rotasi 180 darjah membawakan watak Ronaldo membawa penonton bereksplorasi kepelbagaian karakter yang dapat dijayakan dengan baik di tangan Mierul. Pemilihan pengarah, Hadith Omar memberikan karakter ini kepada Mierul berjaya memancing perhatian dan mata ramai. Wataknya yang aktif dan peramah mendatangkan keceriaan buat ramai.

Buat Mierul ,Ronaldo merupakan satu karakter yang memberikan dirinya sebuah ekplorasi baru dan segar. Lebih mengharukan kerana rata-rata penonton sudi menjadi #teamRonaldo melalui episod pertama yang ditayangkan.

"Sebagai Ronaldo dan Mierul Aiman, saya sangat menghargai penerimaan karakter Ronaldo pada mata yang penonton. Sebab Mierul memegang tanggungajwab besar untuk memainkan watak ini kerana sebelum ini saya memainkan watak Fakhri dalam drama Projek High Council. Watak yang sangat tegas.

"Saya memegang tanggungjawab membawakan Ronaldo yang rotasinya 180 darjah berbeza. Saya kena buat betul-betul supaya watak Ronaldo itu hidup, saya tak nak orang teringat pada kerja lalu. Bagus untuk mereka ingat tapi saya nak lari dari karakter Fakhri.

"Saya bina karakter Ronaldo dengan cantik. Saya juga sangat menghargai dan suka dengan komentar yang diberikan," ujarnya yang sangat terhibur berada dalam set penggambaran drama yang diarahkan oleh Hadith Omar ini.

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)


Beza Ronaldo & Fakhri Projek High Council

Menurut Mierul, Ronaldo merupakan karakter dan dunia yang sangat berbeza dengan Project High Council.

Cabarannya untuk dirinya berbentuk menjadi lebih ‘loose’ untuk masuk ke dalam pengertian dan jiwa di Ronaldo.

"Kena berada pada highest range sebab Ronaldo sangat aktif dan ceria. Happy go lucky jadi sesuatu yang baik untuk saya ekplorasi," ujar pelakon yang berusia 24 tahun ini.

Belajar watak komedi

Mierul turut merasa bahawa keberuntungan pada dirinya kerana banyak belajar dari pelakon dan pengarah di set penggambaran yang kebanyakannya dijalankan di Kapar, Kelang.

"Mierul lebih meneroka watak Ronaldo ketika di set , belajar dengan pelakon dan pengarah di sini. Abang Yassin banyak ajar Mierul, banyak teladan yang baik yang diberikan untuk jadi pelakon komedi. Saya merupakan newbie sebagai pembawa watak komedi.

"Kita belajar dan lihat bagaimana nak menjadi sesuatu karakter, bagaimana nak play loose. Tak terkata melalui kata-kata tetapi lebih melalui visual. Siapa yang melalui fasa pemerhatian, akan faham.

"Para pelakon semua power dan bagi contoh yang serta teladan yang baik di set ini," ucapnya dengan rasa syukur tentang drama Sembilan episod ini.

Keberuntungan itu turut diluahkan kerana dia berada dengan baris pelakon muda dan segar disamping pelakon yang sudah lama berada dalam industri seni tanah air.

Pick up line Siti Siakap

Sebelum mengakhiri perbualan tentan Ronaldo yang memberi dunia baru dalam jiwa dan diri Mierul, pelakon yang meningkat naik ini diminta untuk memberikan ‘pickup line’ buat Siti Siakap; watak yang dimainkan oleh Qasrina Karim dalam drama yang sama.

"Ikan siakap ikan kelah, kalau sayang cakap jelah," ujarnya.