Laman Utama

“Kalau Suami Tak Boleh Bagi Zuriat, Saya Ceraikan Je” - Air Mata Ifa Raziah Tumpah, Rupanya Ada Pahala Nafkahi Janda?

gempak
Hanafis Haris
15/03/2021
09:45 MYT
Sponsor Banner
“Kalau Suami Tak Boleh Bagi Zuriat, Saya Ceraikan Je” - Air Mata Ifa Raziah Tumpah, Rupanya Ada Pahala Nafkahi Janda?
Disebalik keceriaan dan telatahnya yang gila-gila, siapa sangka terselit satu kisah duka menyelubungi pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah.
Menerusi episod tiga Borak Kelamin yang bakal ditayangkan 9 malam ini, Ifa mendedahkan perit getir bergelar seorang ‘janda berhias’.
Menurut Ifa, satu hakikat yang terpaksa ‘ditelan’ oleh seorang janda adalah banyak kesusahan terpaksa dilalui berbanding bahagia.
“Saya ni ada dua episod bergelar janda. Dulu masa sebelum jadi artis saya dah bercerai, tahan setahun je perkahwinan tu. Saya senang je, kalau suami tak boleh bagi zuriat, saya ceraikan je.
“Selepas jadi artis, saya kahwin kali kedua, namun tetap diceraikan sampailah perkahwinan ketiga.
“Orang nampak saya ceria, bergelak tawa, tapi realitinya banyak dugaan bergelar Janda.
“Masyarakat pandang janda ni hina, jahat dan berdosa sangat. Kita tak minta jadi begitu, tiada wanita dalam dunia ni minta diceraikan,” katanya.
Jelasnya, sepanjang menjadi janda juga, dia kerap berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan suami yang mampu bimbing dan jaga dengan penuh kasih sayang.
“Alhamdulillah selepas kehancuran yang saya lalui, Allah hadirkan suami yang terbaik buat saya.
“Now dah masuk ulang tahun ke 17 selepas 20 tahun kami bercinta.
“Banyak suami korbankan untuk saya, moga cinta kita kekal ke Jannah, terus sama-sama hidup dan mati,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi tetamu undangan, Pakar Motivasi terkenal, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad menjelskan menafkahi janda seolah perang Fisabilillah.
“Ada pahala menafkahi janda, walaupun tiada ikatan. Tapi ramai orang salah faham,” katanya.
Jika ingin tahu bagaimanapun hukum menafkahi janda biarpun tiada ikatan, anda perlu tonton Borak Kelamin yang ditayangkan selama 60 minit ini secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).
Dihoskan oleh Elly Mazlein dan Awal Ashaari, Borak Kelamin juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.
Sekadar info, selepas bercerai buat kali kedua, Ifa kemudian mendirikan rumah tangga bersama Mohd Yani Abdul Rahman pada tahun 2004.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024