Gaya Hidup

Kalau Tak Mahu Keseronokan Bertukar Tragedi, Ketahui Tips Keselamatan Sebelum Pergi Melancong!

gempak
Fiza Kamarudin
27/08/2019
14:18 MYT
Sponsor Banner
Kalau Tak Mahu Keseronokan Bertukar Tragedi, Ketahui Tips Keselamatan Sebelum Pergi Melancong!
Pergi melancong memang menyeronokkan, tetapi jika kita tidak berhati-hati ‘mood’ bercuti boleh rosak tau.
Anda mesti tidak mahu berlaku sebarang kejadian seperti dicopet atau terlibat dengan kemalangan semasa sedang ‘asyik’ bercuti kan?
Oleh itu, sebelum pergi bercuti adalah amat digalakkan untuk mengambil berat tentang aspek keselamatan diri, supaya plan percutian anda tidak ‘rosak’.
Jom kita tengok antara tips keselamatan yang perlu anda ketahui.
1) Ambil polisi insurans sebelum pergi melancong kerana kos perubatan di luar negara agak tinggi. Terutama kepada anda yang ingin melancong ke Eropah, tips pertama ini paling penting kerana di Eropah kos perubatan sangat mahal.
2) Jangan terlalu ‘excited’ dan awasi sekeliling anda. Jangan mudah percaya kepada orang asing yang tiba-tiba datang kepada anda. Tak perlu rajin nak layan orang yang ingin berbual-bual dengan anda. Takde maknanya...anda datang untuk melancong bukan untuk berborak!
3) Awasi barang anda setiap masa terutama ketika berada di tempat awam.
4) Bawa salinan kad pengenalan dan passport anda kerana, jika ada sesuatu berlaku seperti kecurian salinan passport boleh dijadikan bukti anda pelancong yang masuk secara sah, bukan pendatang haram. Atau, jika tidak mahu berlaku kehilangan, tinggalkan sahaja passport dalam ‘safety box’ di bilik hotel.
5) Barang-barang penting seperti pasport, duit, kredit kad, atm kad harus disimpan dalam pakaian yang anda gunakan bukan di dalam beg sandang belakang.
6) Jgn simpan duit anda di satu tempat sahaja. Sebaiknya agih-agihkan di pelbagai tempat. Contoh dalam poket jaket sebelah dalam dan luar, dalam kasut atau di mana-mana tempat yang lebih selamat. Sekurang-kurangnya jika berlaku kecurian anda masih mempunyai duit back-up.
7) Kenal pasti di mana kedutaan Malaysia. Simpan dan catit nombor telefon kedutaan Malaysia di luar negara.
8) Tak perlu menunjuk memakai pakaian berjenama mahal ‘head to toe’ atau membawa beg tangan mahal kerana anda menarik perhatian penyamun! 9) Jika ada barang berharga disimpan di bilik hotel, letakkan label pintu 'do not disturb' di bilik hotel anda.
10) Hati-hati jika anda menaiki pengangkutan awam seperti bas, train, tram dan ketika berada di airport kerana ini tempat-tempat yang selalu berlaku ‘picked pocket’.
11) Jangan pinjamkan telefon bimbit anda kepada orang yang tidak dikenali. Jika ada yang meminta katakan anda tiada telefon, tiada kredit atau tunjukkan dia telefon awam.
12) Jangan layan orang yang hendak menukar duit kecil dengan anda. Mereka boleh menukarnya di kedai runcit!
Layari www.etravelfair.com.my untuk mengetahui lebih lanjut pelan pelancongan yang ditawarkan.
Senarai rasmi pakej dan harga akan dilancarkan secara rasmi pada 2 September
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024