Berita

"Kali Terakhir Dapat Jumpa Anak Awal Tahun" - Faye Kusairi Sambut Raya Dengan Suami, Dapat Kebenaran Balik Sarawak Jun Depan

gempak
ZULHILMI JALIL
20/05/2020
08:20 MYT
Sponsor Banner
"Kali Terakhir Dapat Jumpa Anak Awal Tahun" - Faye Kusairi Sambut Raya Dengan Suami, Dapat Kebenaran Balik Sarawak Jun Depan
Pelakon Faye Kusairi meluahkan rasa sedih apabila terpaksa menyambut kedatangan Syawal pada tahun ini tanpa anak tersayang di sisinya yang kini berjauhan di Sarawak.
Begitupun, menurut Faye, dia bersyukur apabila permohonannya untuk pulang ke kampung halaman di Miri bertemu anaknya sudah diluluskan pihak berkuasa.
"Kali terakhir saya berjumpa dengan anak pada awal tahun hari itu. Bayangkan dah berapa bulan sampai sekarang. Memang selalu menangis rindukan dia.
"Sebelum PKP saya terikat dengan jadual kerja, itu yang jadi lama sebegini. Inilah tempoh paling lama saya tak jumpa dengan anak, tapi syukur saya dah dapat kebenaran untuk pulang pada 1 Jun nanti," katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Faye, dia akan pulang ke Miri nanti bersama suaminya yang juga pengarah Azmi Hatta.
"Memang selalu menangis sebab rindu sangat kat anak. Setiap hari akan buat panggilan video nak tengok anak.
"Mula-mula tu sampai saya rasa tertekan sebab lama sangat tak dapat jumpa anak," kongsinya.
Faye mendirikan rumah tangga dengan Azmi pada 9 April 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Alif Azmi yang kini berusia dua tahun.
Sebelum ini, Azmi pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein pada November 2014 sebelum mereka berpisah setahun kemudian.
Saksikan drama lakonan Faye Kusairi di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live