Laman Utama

Kamal Adli Nampak Makin Kurus, Uqasha Senrose Update Kesihatan Suami - "Alhamdulillah Untuk Semua Doa"

gempak
Syafiqah Jalal
10/04/2023
00:42 MYT
Sponsor Banner
Kamal Adli Nampak Makin Kurus, Uqasha Senrose Update Kesihatan Suami - "Alhamdulillah Untuk Semua Doa"
Pelakon Uqasha Senrose berkongsi perkembangan terbaharu tahap kesihatan suaminya, Kamal Adli selepas insiden dipukul di Singapura pada bulan lalu.
Uqasha bersyukur kerana Kamal sudah kembali pulih.
"Alhamdulilah untuk semua doa...Kamal kuat..Syukur keatas Mu Ya Allah #suamisayadahsihat ," tulisnya.
Uqasha berkongsi perkara berkenaan di dalam satu kemas kini di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut dia turut berkongsi wajah mereka berdua yang dlihay ceria dan bahagia.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang turut gembira dengan perkembangan tersebut.
"Alhamdulilah...tapi nampak susut tu moga cepat sihat," kata salah seorang pengikutnya.
"Alhamdulilah semoga Uqasha dan Kamal dalam lindungan Allah," doa salah seorang warga maya.
Pada 12 Mac lalu, Kamal diserang lelaki tidak dikenali menggunakan cota besi ketika pada acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Singapura.
Akibat serangan itu, dia mengalami kecederaan pada belakang kepala, muka dan badan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live