Skip to main content

Viral

Kamal & Uqasha Terjah Pulau Kapas, Cantiknya! Jangan Lupa Episod Terbaharu The House Malam Ini

untitled-design-2022-06-01t171634-052.jpg

Program The House kembali dengan musim terbaharu menampilkan pasangan pengantin baru Kamal Adli & Uqasha Senrose. 

Untuk musim ketujuh ini, Kamal dan Uqasha akan memandu caravan, merentas beberapa negeri di Semenanjung Malaysia untuk berbulan madu. 

Untuk episod keenam pada malam ini, Kamal dan Uqasha meneruskan kembara ke negeri Terengganu untuk meneruskan aktiviti bulan madu mereka. 

Aktiviti pertama, pasangan ini melakukan aktiviti air di Pulau Kapas untuk Uqasha yang gemarkan berenang di laut. 

Tiba waktu malam, mereka bercadang untuk tidur di sebuah kawasan perkhemahan yang agak mencurigakan. 
 

Must-Watch Video

Advertisement