Tahun 2019 menyaksikan pesaingan sengit antara jenama telefon pintar di pasaran apabila masing-masing lebih memberikan focus kepada keupayaan kamera.

Jika sebelum ini Samsung Galaxy Note 10 Plus memegang takhta kamera terbaik menerusi ujian laman web DxoMark, namun kedudukan itu nampaknya telah berubah.

Tangga teratas kini dimiliki oleh model Huawei Mate 30 Pro dengan markah keseluruhan sebanyak 121.

Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy Note 10 Plus mendapat markah 117 sahaja.

Berdasarkan pecahan markah ujian itu, model terbaru Huawei menerima skor sebanyak 131 pada bahagian gambar manakala 100 menerusi segmen video.

Untuk rekod, Huawei Mate 30 Pro telah dilancarkan di Jerman pada 19 September lalu.

Peranti terbaru keluaran syarikat telekomunikasi China itu hadir dengan tiga set telefon pintar iaitu Mate 30, Mate 30 Pro dan Mate 30 Porsche Design.

Sementara itu, jika ada yang tertanya dimanakah skor diperoleh model terbaru iPhone, DxOMark dikatakan masih menjalankan ujian pada peranti tersebut.

Apapun, pasti ramai yang menantikan skor bagi model iPhone 11 Pro Max yang telah mendapat pujian ramai pengkritik di luar sana.