Penyanyi Linda Rafar mendedahkan dia menerima ugutan daripada seorang individu tidak dikenali yang mahu meracuni ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73, yang kini sedang dirawat di Hospital Shah Alam.

Individu tersebut menggunakan pengenalan nama sebagai @Nurse7455 dalam akaun Instagram (IG).

Menurut Linda yang juga ahli kumpulan Elite itu, ugutan tersebut disifatkan sangat melampau dan memberitahu pihaknya bakal membuat laporan polis.

Linda juga berkongsi paparan screen mesej peribadi berbaur ugutan dari individu tersebut di IG Story miliknya.

Menerusi mesej tersebut, individu itu meminta Linda memadam kenyataannya di IG Story sebelum ini berhubung sikap kurang ajar dan layanan buruk yang diterimanya dari jururawat di hospital terbabit.

[BACA: “Kita Cakap Baik-Baik, Dia Boleh Kurang Ajar...”- Linda Rafar Kesal Dengan Layanan Jururawat Di Hospital]




Linda turut mendedahkan dia bukan sahaja menerima ugutan dari satu akaun IG malah beberapa akaun lain yang didakwa menyamar dan membuat akaun palsu.



Terdahulu, Linda meluahkan rasa kesalnya terhadap layanan buruk yang diterima dari seorang jururawat yang bertugas di hospital tersebut selepas dia hanya meminta menukarkan cadar di katil ibunya.