gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Anak Saya Beradab & Hormat Orang” – Watie Hanifiah Respon Isu Talita Didakwa Guna Bahasa Kurang Sopan
HIBURAN
Didakwa Tak Wish Birthday Anak, Instagram Aliff Aziz Jadi Sasaran Warganet
HIBURAN
Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Mahu Stesen TV Bayar RM18,000 Kadar Segera! - “Ini Soal Hidup & Mati Abah Saya”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

"Kami Bantu Wanita Hadapi Cabaran Hubungan Suami Isteri" - Pengasas eHati

Gempak
Gempak
15/07/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
"Kami Bantu Wanita Hadapi Cabaran Hubungan Suami Isteri" - Pengasas eHati
Pengasas bersama motivasi rumah tangga, Ehati International Sdn Bhd (eHati), Diana Tahir dan Rahim Shukor tampil menepis dakwaan berhubung program yang dijalankan oleh syarikat mereka.
Menerusi kenyataan pada Selasa, pasangan itu memaklumkan bahawa program yang ditawarkan bertujuan membantu wanita mendapatkan kebahagiaan, mencari ketenangan dan memulihkan trauma melalui pendekatan Neuro-Linguistic Programming (NLP).
Menurut mereka, modul dibangunkan untuk membimbing peserta melalui teknik pengurusan emosi yang berkesan.
“Ada juga program yang membantu wanita yang sudah berkahwin dan mungkin menghadapi cabaran dalam hubungan suami isteri, termasuk kekeliruan terhadap tubuh sendiri dan emosi,” kata mereka.
Berhubung dakwaan melibatkan unsur urutan berasaskan tantra, mereka menjelaskan bahawa kaedah sebenar telah diadaptasi daripada gabungan urutan pelvic floor dan urutan Thai.
“Kaedah ini diolah agar bersesuaian dengan nilai tempatan dan tidak melibatkan sebarang ritual agama lain.
“Ia juga merupakan modul pilihan, dan peserta tidak diwajibkan untuk mengikutinya,” ujar mereka.
Sebelum ini, masyarakat dikejutkan dengan pendedahan seorang pengguna media sosial mengenai program yang dikendalikan pasangan berkenaan.
Dalam hantaran terbaharu di laman Facebook milik individu tersebut, turut didakwa bahawa dua wanita telah melakukan tarian bogel dalam satu program yang berlangsung di sebuah pusat konvensyen di Shah Alam, Selangor.
Peserta program juga didakwa diberi sejenis minuman yang tidak diketahui kandungannya sehingga mampu mengubah mood dalam tempoh singkat.
Selain itu, pengguna terbabit turut mendakwa peserta diarahkan menjalani upacara mandi suci dan lahir semula yang dikatakan menyerupai ritual keagamaan lain.
Terdahulu, individu sama turut mendakwa wujud penganjuran program eHati di Bali, Indonesia yang didakwa mempunyai unsur penyelewengan.
Dalam kenyataan sama, Diana dan Rahim menegaskan bahawa aktiviti yang didakwa sebagai ritual itu sebenarnya merupakan sesi breathwork, manakala dekorasi bunga adalah disediakan oleh pihak hotel dan bukan sebahagian daripada program atau ritual tertentu.
Sehubungan itu, mereka menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap syarikat berkenaan.
Satu laporan polis juga telah dibuat pada Sabtu lalu bagi menuntut siasatan menyeluruh dijalankan.
“Kami juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan perkara ini dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Suami
#Cabaran
#Pengasas
#ehati
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement