Cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mendedahkan yang hal ehwal politik tidak ‘merenggangkan’ hubungannya dengan isteri, Azrene Ahmad.

Fazley berkata, sungguh pun dia dan isteri datang daripada keluarga yang bergelumang dengan politik, tetapi apabila sudah berumah tanggam hal berkenaan dibuang jauh-jauh.

“Kami berdua daripada keluarga politik, namun apabila bertemu jodoh politik kami buang jauh-jauh dan teruskan hidup tanpa perlu tahu dunia politik.

“Dunia kami berdua hanya anak-anak dan keluarga serta teman-teman rapat. Namun satu yang pasti, undi tetap undi!” tulisnya di Instagram.

Dalam masa sama, Fazley turut berpesan supaya tidak melihat parti ketika membuang undi, sebaliknya individu yang bertanding.

“Selamat mengundi semua! Jangan lupa pilih orangnya, bukan partinya!” tutup Fazley.

Menerusi ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pesanan Fazley.

“Betul… pilih orang bukan parti demi negara kita.”

“First time nak komen, setuju 200 peratus dengan kenyataan kamu. Pilih orang bukan parti.”

“Ok thank you ingatkan… pilih orang bukan parti.”

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)


Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!