Hiburan
“Kami Berdua Semakin Banyak Mengaji” - Isteri Berniqab, Shukri Yahaya Akui Aura Rumah Tangga Makin Harmoni & Positif
Perubahan penampilan isteri kepada Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan yang ini mengenakan niqab sejak Februari lalu banyak memberi aura positif kepada aktor tersebut.
Amalan bertambah
Menurut Shukri atau nama penuhnya Mohd Shukri Yahaya, mereka juga semakin kerap membaca Al-Quran bersama-sama di rumah.
"Suasana dalam rumah tangga sama sahaja walau selepas isteri saya berniqab. Cuma amalan yang kami lakukan bertambah.
"Kami berdua semakin banyak mengaji, dia memberi satu aura atau semangat yang sangat positif kepada saya,” kata Shukri kepada Gempak.
Shukri berkata demikian ketika ditemui di sidang media tiga buah drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.
Terus istiqamah
Mengakui gembira melihat perubahan yang dilakukan, Shukri memberitahu, dia sentiasa mendoakan isterinya terus istiqamah.
ARTIKEL BERKAITAN: Shukri Yahaya Tetap Dengan Prinsip, Hanya Fokus Satu Kerja Sahaja - “Mahu Memastikan Wajah Saya Tidak Hanya…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Biasa Orang Kata Watak Saya Baik” - Andai Itu Takdirnya! Shukri Yahaya Tak Kisah Dikecam, Siap Harap Ada Hashtag
ARTIKEL BERKAITAN: Norreen Iman Kongsi Momen Tunai Umrah Dengan Tya Adnan - “Bila Nampak Kaabah, Aku Banyak Speechless”
"Kalau tanya perasaan, suami mana yang tak gembira melihat perubahan isteri dah memilih untuk berniqab yang merupakan pakaian sunah. Saya tidak halang tindakan dia.
"Nasihat saya kepada dia, jangan mengalah kerana apa yang dia buat ini sudah betul,” ujarnya.
Terdahulu, penampilan Tya yang mengenakan niqab mencuri perhatian ramai selepas dia pulang mengerjakan Umrah pada Februari lalu.