Hiburan
“Mungkin Juga Tiada Pelakon Lain Yang Lebih Sesuai” - Shukri Yahaya Tak Kisah Kerap Terima Watak ‘Baran’
Meskipun kerap menerima watak ‘lelaki baran’, namun pelakon Shukri Yahaya berkata lakonan yang diberikan sehabis baik itu masih diterima oleh penonton.
BERITA TRENDING: Shukri Yahaya Tiada Masa Untuk Curang
Pelakon drama Layang-Layang Perkahwinan ini juga menganggap watak yang sama diterima olehnya itu merupakan satu rezeki yang sudah ditetapkan oleh Allah.
“Tak tahu nak cakap apa, sebab setahu saya sudah cuba sebaik mungkin melakonkan watak itu (lelaki baran) dan setakat ini apa yang saya tengok penonton masih menerimanya dengan baik.
“Jadi, saya tiada masalah sekiranya tetap diberikan watak sebegini yang masih sama pada masa akan datang kerana ia adalah rezeki. Saya tidak mungkin menolaknya kerana Allah sudah tentukan rezeki itu untuk saya.
“Mungkin juga tiada pelakon lain yang lebih sesuai untuk melakonkannya selain saya sebab jadi lelaki baran ini tidak mudah kerana perlu betul-betul menjiwai karakter itu, barulah boleh buat,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Shukri turut mendedahkan lakonan marah yang ditunjukkan dalam drama siri popular itu merupakan dirinya sendiri.
“Cuma, marah yang saya tunjukkan itu walaupun lakonan adalah perasaan sebenar diri sendiri kalau memang marah. Itulah marah Shukri Yahaya,” ujarnya.
Must-Watch Video