Berita
"Kami Bertemu Pada Musim Bunga 2017 Di Eropah" - Isteri Sultan Kelantan Dedah Pertemuan Sulung Mereka
Isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra berkongsi momen pertama mereka bertemu.
Menerusi akaun Instagram rasmi @rihanapetra, Oksana memberitahu telah bertemu baginda ketika musim bunga di Eropah pada dua tahun lalu.
"Bagi ramai orang, kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri.
"Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah.
"Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo.
"Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia.
"Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow.
"Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon. Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya," dedah Oksana.
Perkongsian itu merupakan siri pertama pendedahan Oksana yang turut disampaikan dalam versi bahasa Inggeris dan bahasa Rusia.
Sebelum ini, portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail melaporkan Oksana telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November lalu.
Pasangan itu dikurniakan putera sulung yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei 2019.
Sumber: IG @rihanapetra
Must-Watch Video