Gaya Hidup
"Kami Blajaq Online Dua Kali Seminggu" - Seronoknya Rita Rudaini Berlajar Bersama Anak-Anak
Memang sesuatu perkara yang indah bila dapat belajar Al-Quran dengan teman-teman, tetapi bila bersama dengan keluarga pastinya lebih indah dan menyeronokkan.
Itulah perkongsian pelakon jelita Rita Rudaini apabila mengakui dia dan anak-anak belajar membaca Al-Quran secara atas talian dua kali seminggu bersama dengan Ustaz Haji Sazalie Nordin.
"Tengok Al-Quran pun ALLAH bagi pahala, apatah lagi kalau kita baca. Kami blajaq online 2x seminggu dgn Ustaz @hjzalie. Terima kasih banyak Ustaz.
"Ilmu yang Ustaz bagu pada saya dan anak-anak akan saya bawak sampai ke akhir hayat kami. Jasa Ustaz pada keluarga kami tak dapat saya balas. Hanya doa kami anak beranak untuk Ustaz sekeluarga," tulis Rita pada satu entri di Instagramnya.
Rita Rudaini juga bersyukur kerana dengan bantuan Ustaz Sazalie, dia dan keluarga kecilnya dapat memperbaiki diri serta bacaan Al-Quran.
"Yang boleh guide kita, yang boleh ubah diri kita dan rawat hati kita hanyalah AL-QURAN & SOLAT. Jahil macam mana pun kita, jahat macam mana pun kita, bacalah walau pun sebaris.
"Solat lah walaupun terpaksa. Lama-lama kita akan rasa rugi untuk tinggal AL-QURAN & SOLAT. Ikhlas dari perjalanan hari-hari saya. Terima kasih ALLAH," tulis Rita lagi.
Rita mempunyai dua orang anak lelaki, Aarit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna hasil perkahwinan dengan bekas suaminya seorang pemain bola sepak, Aidil Zafuan.
Must-Watch Video