Berita
“Kami Kahwin Dulu Baru Bercinta, So..." - Raja Ilya
Pelakon Raja Ilya mendedahkan dia dan suami, Trent Garret hanya bercinta selepas berkahwin.
Mendirikan rumah tangga pada 23 Disember tahun lalu, Ilya mengakui dirinya sangat teruja dan bahagia apabila dapat menyambut hari lahir bersama suami buat pertama kalinya.
“Terima kasih untuk segalanya. Oh... such a blessing, kehidupan berkahwin sangat best ... Haha...
“Ini tahun pertama Ilya celebrate birthday dengan husband. Haha. Kitorang ni kahwin dulu baru bercinta, so tak pernah celebrate birthday, new year, Raya ke apa before this... haha so fun...
“Thank you to you all yang wish Ilya thru out the day... Thank you for the gifts & Love Guys... Dan thank you untuk semua doa korang jugak,” katanya.
Ilya berkongsi rasa syukur sempena hari lahirnya itu dia akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Ilya memuat naik sepotong video merakamkan momen dirinya bersama suami yang melakukan beberapa aktiviti istimewa bersama bersempena hari jadinya.
Ilya turut menerima kek dan hadiah daripada Trent.
Entri tersebut turut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata seronok melihat kebahagiaan mereka.
Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent yang merupakan jejaka berasal dari Australia itu pada 23 Disember 2018 dalam sebuah majlis ringkas di Perth, Australia.
Must-Watch Video