HIBURAN
“Kami Kena Berdamai Dengan Reda” - Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Paling Dirindui Bersama Arwah Ayah
Pelakon, Sharnaaz Ahmad kongsi momen yang mungkin memberikan kesedihannya pada pagi raya.
Menurut Sharnaaz, antara momen yang paling dia akan merindui adalah dapat berjalan ke masjid bersama arwah ayahnya.
Katanya, momen itu merupakan antara yang sering dilakukan sejak dia kecil lagi.
“Momen yang paling saya ingat dan rindui adalah berjalan ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Setiap tahun, kami akan bertolak pada pukul 7 pagi, dan saya sentiasa ditemani arwah ayah.
“Dari kecil hingga dewasa, itulah rutin kami setiap kali raya. Sebab itu, saya tak mahu duduk di rumah lama-lama. Bila terkenang kembali momen-momen itu, saya jadi lebih sedih," katanya kepada Gempak.
Sharnaaz berkata demikian ketika menghadiri meet & great Blood Brothers: Bara Naga yang berlangsung di Absolute Raya, MITEC, baru baru ini
Walaupun sukar menerima kenyataan kehilangan ayah tercinta, pelakon filem Polis Evo 3 itu reda dan percaya setiap insan akan melalui fasa yang sama dalam kehidupan.
"Kita kena berdamai dengan rasa reda itu. Kehilangan itu memang menyakitkan, tapi kita perlu teruskan hidup," kongsinya.
Tambahnya lagi, suasana Aidilfitri tahun ini pastinya lebih suram buat keluarganya kerana mereka masih dalam fasa menerima kehilangan insan tersayang.
Oleh sebab itu, mereka akan menyambut lebaran secara sederhana.
"Tahun pertama memang susah untuk kami sekeluarga, lebih-lebih lagi kerana kehilangan seorang ayah. Kami cuba kuatkan diri, tapi tetap terasa. Tambahan pula, ibu saya masih dalam tempoh edah ketika hari raya, jadi kami akan menyambutnya dengan sederhana sahaja.
"Saya rasa, raya kali ini saya hanya akan pulang ke kampung untuk menziarahi kubur arwah ayah sebelum kembali ke Kuala Lumpur," jelasnya.
BERITA BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad Sayu Sambut Ramadan Tahun Ini Tanpa Arwah Bapa - “Tak Akan Pernah Sama…”
BERITA BERKAITAN: “Perit Kehilangan Itu Sangat-Sangat Dahsyat…” - Kehidupan Jadi Sunyi, Sharnaaz Ahmad Rindu ‘Leteran’ Arwah Bapa
BERITA BERKAITAN: “Biar Saya Hantar Ayah 'Pulang' Untuk Kali Terakhir...” - Netizen Sebak Baca Luahan Sharnaaz Ahmad Buat Arwah Bapa
BERITA BERKAITAN: Bapa Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia - “Ayah Saya Tak Pernah Berputus Asa Untuk Melawan…
Must-Watch Video