Laman Utama

"Kami Kerap Bercanggah Pendapat, Tipulah Kalau..." - Bakal Dirikan Masjid, Ernie & Syamel Tak Terlepas Dari Dugaan

gempak
Asraf Aided
22/03/2021
03:46 MYT
Sponsor Banner
"Kami Kerap Bercanggah Pendapat, Tipulah Kalau..." - Bakal Dirikan Masjid, Ernie & Syamel Tak Terlepas Dari Dugaan
Penyanyi Ernie Zakri akui melalui pelbagai dugaan selepas bergelar tunang kepada Syamel.
Menurut Ernie, kebanyakan cabaran yang dilalui adalah ketika mereka mempunyai urusan kerja bersama.
"Sebelum bertunang pun banyak juga cabaran yang kami berdua lalui, terutamanya dalam kerjaya kami.
"Masing-masing kena profesional, antara cabaran selepas bertunang yang kami lalui juga ketika kami bekerja.
"Jujur saya katakan, kami kerap bercanggah pendapat, tipulah kalau tiada langsung selisih faham," katanya kepada Gempak.
Meskipun sedang 'berdarah manis', penyanyi lagu Gundah ini bersyukur kerana keadaan masih terkawal.
"Apapun, syukur Alhamdulillah kerana semuanya terkawal, bab salah faham, bercanggah pendapat tu bukan dengan tunang saja kita alami.
"Malah, perkara begitu sering berlaku antara adik beradik dan rakan-rakan," tambahnya.
Bagi Syamel pula, setiap insan pasti akan melalui cabaran dan dugaan tertentu dari Allah SWT.
"Cabaran dan dugaan memang Allah berikan untuk semua orang, tapi tak dinafikan selepas bertunang memang ada cabaran, bak kata orang berdarah manis.
"Jadi sebagai umat Islam, mendirikan masjid itu satu perkara yang murni dan sangat baik, memang kadang-kadang akan ada anasir jahat cuba merosakkan niat itu.
"Tetapi Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja, selagi kami menghormati antara satu sama lain, dan tahu batas masing-masing, insya-Allah semuanya baik-baik sahaja," katanya.
Terdahulu, Ernie dan Syamel melangsungkan pertunangan pada 15 Ogos 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024