,
Berita

“Kami Mengharapkan Kelahiran Normal...”- Dr Sheikh Muszaphar Dedah Keadaan Twin Dalam Kandungan

Syafiqah Jalal
28/10/2020
04:44 MYT
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mengakui beliau dan isteri, Dr. Halina mengharap kelahiran normal buat sepasang bayi kembarnya yang kini sudah berusia 32 minggu dalam kandungan.
Pun begitu, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu ia bergantung kepada kedudukan bayi dalam kandungan sebelum kelahiran mereka.
“Alhamdulillah, anak kembar membesar dengan baik dalam perut. Bayi kembar lelaki kini 2.1 kilogram (kg) dan perempuan pula 1.9 kg.
“Kami mengharapkan kelahiran normal kali ini tetapi semuanya bergantung pada kedudukan bayi pertama. Kepalanya perlu berada di bawah.
“Nampaknya yang si perempuan itu seronok bermain akrobat dan kedudukannya songsang,” katanya.
Dr Sheikh Muszaphar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut beliau memuat naik rakaman video doktor sedang melalukan imbasan di perut isterinya.
Bercerita lanjut mengenai keadaan isterinya, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu Dr. Halina sedang sarat dan sering mengalami sakit belakang.
“Halina kini semakin sarat, dia sering mengadu sakit belakang dan sukar untuk tidur malam. Sehinggakan dia hendak menangis menahan kesakitan. Kalau lah saya dapat mengambil alih tempatnya.
“Apa-apa pun saya doakan agar ia dipermudahkan,” katanya lagi.
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Video - Scan at 32 Weeks Alhamdulillah - The twins are growing well in the tummy . The Boy is now 2.1 kg and the girl is 1.9 kg . We are hoping for a normal delivery this time but it all depends on the presentation of the 1st baby . It has to be cephalic ( head down ) . It looks like the twin girl decided to play acrobat and turn completely having breech now ( butt down ). Its getting tougher for Dr Halina as time passes by ... more backache , sleepless nights ... caught her in tears several times holding back the pain . How I wish I would be the one taking over her place ... If only I could .... Its just a matter of time .... Semoga dipermudahkan - Amiinn Salam Everyone Love As Always PS - Hoping the Twin Boy would convince the Twin Girl to turn back into Cephalic - Haha ... Do pray for us Everyone - ?

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

“Puteri Kecil Kami Lahir Dengan Sihat” - Song Joong Ki Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

gempak
21/11/2024
08:20 MYT
Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki meluahkan rasa gembira selepas isterinya, Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Unitar