Laman Utama
“Kami Okay Tak Ada Cerai Berai” - Alif Teega Perjelas Spekulasi, Mohon Maaf Tegur Isteri Secara Live
Personaliti media, Alif Teega menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dirinya telah berpisah dengan isteri, Aisyah Hijanah.
Alif menjelaskan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
“Tujuan saya buat video ini adalah untuk meleraikan apa sahaja spekulasi yang wujud. Korang jangan risau tak ada apa pun yang berlaku. Okay sahaja.
“Tak ada cerai berai ke apa, tak ada. Tapi inilah ujian, orang yang single diuji, orang yang berumah tangga pun diuji.
“Tapi apabila kita mendengar berita, khabar orang yang diuji ini apa yang kita boleh buat adalah mendoakan kebaikan dahulu,” katanya dalam video pendek tersebut.
Alif juga turut menjelaskan hantaran berhubung dia sudah 'move on' di TikTok sebelum ini tiada kaitan dengan perkahwinan mereka.
“Berkenaan live Aisyah, Aisyah sedang berniaga dan ada juga mendapat soalan daripada netizen mengenai video-video Alif.
“Tapi sebenarnya video tersebut tiada sangkut paut dengan peribadi saya tetapi daripada IG Aisyah, sahabat-sahabat netizen mula kerumun pada post tersebut dan fikir bukan-bukan.
“Pada waktu itu, Aisyah sedang menjelaskan video tersebut adalah video healing yang dilakukan di sungai atas tujuan promosi buku.
“Tetapi ianya telah mengundang spekulasi, jadi Aisyah sedang menjelaskan hal yang sebenar,” jelasnya
Dalam pada itu, Alif juga turut mengakui kesilapannya ketika menegur Aisyah sewaktu isterinya melakukan siaran langsung tanpa mengetahui butir bicara sebenar.
“Pada waktu itu saya tidak tahu Aisyah sedang menjelaskan hal sebenar dan bukanlah mengaibkan saya mahupun rumah tangga.
“Saya yang pada waktu itu mungkin terikut emosi sehingga terus menegur sewaktu live. Saya ada silap, Aisyah pun ada silap.
“Kami telah pun bersama mencari hikmah dan pengajaran daripada apa yang teriadi. Saya dan Aisyah memohon maaf atas segala spekulasi yang berlaku.
“Terima kasih kepada Aisyah atas usaha, tidak henti-henti mencari jalan untuk merubat gangguan tersebut.
“Terima kasih buat rakan-rakan, masyarakat yang menjadi penasihat kami sepanjang ketegangan yang berlaku.
Sebagai ketua keluarga, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya. Saya akan mempertahankan apa yang kami bina bersama,” tulisnya.
BACA: “Tak Ada Pasangan Yang Nak Hadap Pendatang Luar” - Aisyah Hijanah Dedah Rumah Tangga Hadapi Ujian, Bawa Suami Berubat
Terdahulu, Aisyah berkongsi menghadapi masalah rumah tangga apabila diganggu pihak ketiga yang juga merupakan bekas kakitangan mereka sendiri.
Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Must-Watch Video