Pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat menjelaskan hubungannya dengan pelakon Janna Nick tidak bermasalah.
Tidak wujud sebarang sengketa atau perselisihan faham pun kata Ayda, sekali gus menidakkan khabar angin bahawa dia merupakan individu yang dimaksudkan Janna sebagai pelakon 'plastik'.
Baca: Isu Selebriti 'Plastik': "Saya Memang Tujukan Status Itu Kepada Dia, Harap Dia Terasa" - Janna Nick
"Saya tak tahu apa-apa pun pasal isu ini dan saya tak pasti sama ada saya perlu terasa atau tak sebab saya tiada kaitan.
"Hubungan kami macam biasa dan okey saja," katanya ketika ditemui pada majlis Previu Media Program Syawal Terima Kasih 2018 Media Prima di New World Hotel, Petaling Jaya, semalam.
Jelas Ayda lagi, dia dan Janna sering berjumpa memandangkan kedua-duanya rapat dengan penerbit drama, Sheila Rusli
"Kami selalu berjumpa kalau bukan di set penggambaran mesti di rumah Sheila Rusly. Selalu saja makan sama-sama lebih enam, tujuh kali.
"Malah, ketika muncul di rancangan Melodi baru-baru ini pun kami berbincang seperti biasa dan sempat membuat latihan memandangkan saya perlu mempromosikan jenama telefon yang saya wakili.
"Mungkin ada sedikit kekangan disebabkan jenama telefon yang berbeza-beza tetapi kami tak kekok ketika siaran langsung," tambah Ayda.
Isu terbabit timbul apabila Janna memuat naik luahan di Instastory pada malam hari Ahad lalu tentang sikap 'plastik' seorang pelakon.
Biarpun tidak menyebut nama sesiapa dan tidak mendedahkan individu yang dimaksudkan, netizen mula membuat telahan bahawa pelakon yang dikaitkan berkemungkinan Ayda.
Nasihat Ayda, dia bukan individu yang layak untuk mengulas mengenai perkara terbabit dan meminta agar tidak melaga-lagakanya dengan Janna.
"Tak adil kaitkan nama saya, terpulanglah pada individu masing-masing untuk menilainya mengikut cara pemikiran sendiri.
"Orang yang lebih layak bercakap ialah Janna sendiri. Bukan tugas saya untuk jawab ya atau tidak," ulasnya.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @aydajebat, Rotikaya
Amri Hassan
Thu May 31 2018
Isteri-Isteri Ahmad Aslam Dalam Fasa Tak Berkawan, Tak Bermusuh!
Umisya Mazlan dan Marissa Dania tak berkawan tak bermusuh.
Saixse Berjaga-Jaga Terima Hadiah Makanan Daripada Peminat, Akui Masih Terima Mesej Pelik - "Kalau Rasa Ada Tak Kena..."
Saixse tetap jalani kehidupan seperti biasa.
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.