Terkini

“Kami Semua Nak Raya Dengan Papa” - Anak Usahawan Kosmetik Luah Rasa Sedih, Bapa Yang Dikhuatiri Lemas Belum Dijumpai

gempak
Gempak
16/01/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Kami Semua Nak Raya Dengan Papa” - Anak Usahawan Kosmetik Luah Rasa Sedih, Bapa Yang Dikhuatiri Lemas Belum Dijumpai
Mangsa yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra ke dalam Sungai Kelantan, Pasir Mas, Kelantan pada Isnin sempat menghubungi bapa mentua dan meminta untuk mengambil kereta di lokasi kejadian.
Norhisyam Ismail, 43, memaklumkan kepada bapa mentuanya kereta yang dinaiki mengalami kerosakan.
Abang mangsa, Sukardi, 47, pula berkata, sejurus tiba di lokasi, bapa mentua mendapati adiknya Norhisyam sudah tiada.
@itsmetasyaa.__
Rindu soro papa cepat timbul pa kakak ,adik2 mama gp nk kucup pa?
♬ bunyi asal - tasyahisyam
"Saya dimaklumkan sebelum kejadian ada saksi yang sempat melihat adik terjatuh ke dalam sungai," katanya.
Menurut Sukardi yang tinggal di Kedah, dia terus mengambil penerbangan pulang ke Kelantan apabila mendapat tahu tentang kejadian yang menimpa Norhisyam.
Ujarnya, dia mengetahui tentang perkara tersebut melalui Facebook dan mengecam itu adiknya melalui kereta.
Dia memberitahu, mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik serta mempunyai empat orang anak.
"Norhisyam merupakan seorang ahli perniagaan dan tinggal di Kota Bharu.
"Dalam pengetahuan saya, adik tidak mempunyai masalah kesihatan atau penyakit lain," katanya.
Sementara itu, salah seorang anak mangsa, dikenali sebagai Tasya meluahkan rasa sedih dan gusar di TikTok susulan kehilangan ayah tercinta.
@itsmetasyaa.__
Papa bkp la wk gini ko kakak ,mama n adik2 ,kito ore nk rayo ng papa adik 1/2 ni cukup setahun dio xpuah lgi nk rsa kasih syey papa , klu bab duit kito ore xmkey xpo laaa asal papa ad depey mato kito ore?
♬ bunyi asal - tasyahisyam
“Papa kenapa buat macam ni dekat kakak, mama dan adik adik, kami semua nak raya dengan papa.
“Adik 1/2 ni cukup setahun, dia tak puas lagi nak rasa kasih sayang papa, kalau bab duit kitorang tak makan pun tak apa lah asalkan papa ada depan mata kami,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin memberitahu, Unit Anjing Pengesan (K9) akan digerakkan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Ujar beliau, SAR yang masuk hari ke dua akan diteruskan sehingga mangsa ditemukan.
"Hari ini kita (semalam) akan memperluaskan lagi kawasan carian dan berharap mangsa akan ditemukan secepat mungkin," katanya.
Terdahulu, seorang peniaga dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari Jambatan Sultan Ismail Petra ke dalam Sungai Kelantan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba Malaysia (JBPM) Kelantan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 7.48 malam dan mangsa dikenali sebagai Norhisyam.
"Sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai 18 orang anggota termasuk tujuh anggota PPDA (Pasukan Penyelamat Di Air) bergegas ke lokasi kejadian," katanya.
Sumber: Sinar Harian & TikTok
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live