Pelakon meningkat naik, Ezzanie Jasny menyatakan hubungannya dengan penyanyi rap, Noki tidak lebih daripada seorang kawan.

Menurut Ezzanie, perkenalannya bersama Noki bermula sewaktu penggambaran drama lakonannya bersama MK K-Clique berjudul 'I Love You, Stupid'.

BERITA TRENDING: Tak Sempat Nikah Pada Usia Nabi, Noki Akui Mahu Kahwin Tahun Depan… Jadi Inikah Si Dia Pilihan Hati?

"Saya dan Noki hanya kawan saja, tak lebih daripada itu. Kami pun tak ada ‘declare’ apa-apa yang serius di antara kami.

"Noki merupakan antara kawan lelaki yang paling rapat dengan saya dalam industri seni.

"Saya mula kenal Noki sewaktu saya buat drama ‘I Love You, Stupid’ dengan MK. Waktu itu, Noki selalu datang ke lokasi penggambaran dan dari situlah kami mula berkenalan," katanya ketika ditemui Gempak.

Ezzanie berkongsi perkara tersebut semasa sidang media drama 'Layang-Layang Perkahwinan' yang berlangsung di Restoran Rebung, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Ezzanie tidak menolak sekiranya ada jodoh di antara dirinya dan penyanyi rap tersebut.

"Kita tengoklah kalau ada, kalau betul dia seseorang yang sesuai untuk saya, kita tak tahu kan," jelasnya.

Terdahulu, khabar angin antara percintaan Ezzanie dan Noki terjadi apabila beberapa keping gambar mesra mereka menjadi 'buah mulut' netizen.