Viral

"Kami Tak Bodoh Nak Ambil Gambar Berbogel" - Zahirah Ulas Gambar Panas Dengan Aiman

gempak
Amri Hassan
12/04/2019
02:11 MYT
Sponsor Banner
"Kami Tak Bodoh Nak Ambil Gambar Berbogel" - Zahirah Ulas Gambar Panas Dengan Aiman
Pelakon Zahirah MacWilson tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai gambarnya bersama kekasih, Aiman Hakim Ridza yang mencetuskan provokasi ramai.
Kata Zahirah, gambar itu dirakamkan dalam sebuah sesi fotografi untuk sebuah majalah fesyen tempatan dan mereka bukan berbogel.
"Itu mentaliti masing-masing, terang-terangan kami tak bogel. Takkanlah nak buat macam itu depan semua orang?
"Kami pun tak bodoh nak ambil gambar bogel. Itu hanya untuk sesi fotografi majalah jadi saya tak rasa ada isu pun.
"Untuk rakyat Malaysia, ia sukar untuk diterima, itu saya akui. Jadi saya minta maaf kepada semua peminat saya yang mungkin tidak berpuas hati mengenai gambar terbabit.
"Bagi saya tak perlu pun nak buat fitnah untuk satu perkara yang anda lihat. Lebih baik baca dan kaji betul-betul mengenainya," katanya kepada Gempak.
Beberapa minggu lalu, sekeping foto Zahirah dan Aiman dalam keadaan mencurigakan telah mengundang rasa jelik dalam kalangan netizen.
Malah, pelbagai kecaman diterima daripada peminat kedua-dua selebriti itu.
Dalam perkembangan lain, Zahirah baru melancarkan koleksi keduanya bersama Starvilion berkonsepkan rekaan busana Aidilfitri moden dan glamor.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024