Pelawak Rahim menjelaskan hubungan Sepahtu dengan Shuib masih baik dan tidak pernah ada isu bermasam muka.
Menurut Rahim, Shuib adalah ahli yang tiada pengganti dan terbuka jika dia hendak bekerjasama di masa akan datang.
“Terus-terang antara kami tiada apa isu dan baik-baik sahaja walaupun Shuib sudah tidak bersama Sepahtu.
“Kami memang sudah tidak berada di pentas yang sama tapi masih berkawan dan berhubung.
“Saya tak pasti jika sebelum ini Shuib ada merajuk. Mungkin dia terasa hati dengan industri sahaja bukan dengan kami.
“Dengan kami memang sentiasa terbuka untuk dia datang dan bekerjasama seperti sebelum ini menjadi cameo untuk Sepahtu Reunion dan sebagainya,” katanya kepada Gempak.
Rahim ditemui Gempak selepas siding media Sepahtu Reunion Live Tour yang diadakan di Astro, pada Rabu.
Pun begitu menurut Rahim, untuk persembahan Sepahtu Reunion Live Tour yang akan diadakan di tiga buah negeri iaitu Johor, Terengganu dan Kedah nanti Shuib tidak dapat sertainya.
“Kami kini sedang fokus content serta idea untuk dibawakan ke persembahan di luar Kuala Lumpur nanti. Setakat ini masih dalam perbincangan.
“Seperti biasa akan ada cameo yang akan memeriahkan lagi persembahan kami seperti Erra Fazira, Uqasha Senrose, Elizad dan ramai lagi.
“Tapi untuk ahli Sepahtu yang terdahulu belum ada yang pasti untuk sertai. Cuma Shuib sudah mengesahkan dia tidak dapat sertai kami untuk persembahan jelajah ini,” beritahunya.
Selain Rahim, ahli terbaharu Sepahtu Jep dan Pak Ya bersama Ebby Yus bakal menjelajah tiga buah negeri untuk Sepahtu Reunion Live Tour yang akan berlangsung bermula 14 Oktober 2022 ini.
Selepas sedekad, kini sketsa-sketsa ini akan dibawa ke negeri-negeri tersebut untuk dipersembahkan secara LIVE di hadapan ribuan peminat sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka.
Penjelajahan ini merangkumi enam persembahan yang akan diadakan di tiga buah negeri. Lokasi pertama akan dilakukan di Pasir Gudang, Johor pada 14 dan 21 Oktober. Sepahtu Reunion Live Tour ini akan disambung di Gong Badak, Terengganu pada 28 Oktober dan 4 November. Penjelajahan ini akan berakhir di Sultan Abdul Halim, Kedah pada 11 dan 18 November.
Antara tarikan utama rancangan ini adalah penampilan rakan-rakan selebriti dalam setiap sketsa yang juga akan mengikuti bersama dalam jelajah ini seperti Erra Fazira, Uqasha Senrose, Fouziah Gous, Afifah Nasir dan ramai lagi tetamu-tetamu undangan misteri yang akan membuat kemunculan.
Syafiqah Jalal
Thu Oct 06 2022


Pelbagai Gaya & Karakter, Ini 5 Momen Epik Selebriti Di Mahkamah
Kadang-kadang lucu juga bila tengok.
![[VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu [VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-inilah-dia-sama-memang-wangi-uwais-terkenang-arwah-ibu-bau-perfume-siti-sarah-pengubat-rindu.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu
Sebak tengok raut wajah Uwais....

Demi Jual Sayur, Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali
Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali

“Kemain Orang Geli, Sebenarnya Ada Jawapan…”- Nabila Huda Respon Isu Kongsi Makanan Dengan Kucing
Abil komen isu makan semangkuk dengan kucing.

“Saya Sudah Memaafkan, Tetapi Untuk Melupakan…” - Bella Astillah
Bella Astillah baik orangnya

Jadi Mangsa Rogol, Tiz Zaqyah Terkesan Gara-Gara Watak Lara - “Saya Rasa Tidak Sabar Nak Tukar Baju…”
Berat juga watak Tiz dalam Liar.

Isteri Afiq Muiz Fail Fasakh, Dakwa Tak Beri Nafkah Punca Utama Nak Bercerai - “Mengenai Bukti, Saya Rasa Semua Orang…”
Semoga ada jalan penyelesaian.

“Kalau Betul Aurora Trauma Dengan Saya, Kenapa…”- Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle
Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle

Lebih Bersinar Di Pagi Raya, Amalkan Produk Penjagaan Wajah Jepun Hada Labo
Cantik di pagi raya dengan produk Hada Labo.

Ramai Wanita Islam Mengubah Bentuk Muka Dengan Suntikan ‘Filler’ & ‘V Shape’, Ini Respon Ustazah Asma - “Hukumnya Adalah…”
Janganlah ubah bentuk muka...