“Kami Tak Pernah Jumpa Pun Sebelum Ni” - Dakwa Punca Ismail Izzani & Shalma Eliana Putus, Bunga Diasak Mesej Berbaur...
Penyanyi rap Bunga akui agak terkesan apabila terpalit dengan kontroversi percintaan Ismail Izzani.
Lebih teruk lagi, Bunga turut dituduh menjadi punca terpisahnya hubungan Ismail dan teman wanitanya Shalma Eliana.
Menurut Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, dia sebenarnya terkejut apabila namanya dikaitkan dengan penyanyi tersebut.
Jelasnya, orang ramai perlu tahu yang dia dan Ismail tidak pernah berjumpa di mana-mana sebelum ini.
“Kami pertama kali bertemu adalah ketika di sebuah majlis hiburan pada awal November lalu
“Segalanya bermula selepas saya dan Ismail saling bertegur sapa dan memuat naik video ketika menghadiri majlis Z-List Award anjuran Lifestyae Asia KL.
"Mungkin daripada posting itu orang buat andaian tersebut, nama saya naik secara tiba-tiba.
“Masa tu ramai je rakan artis lain, Amzar pun ada temankan saya ke majlis tersebut,” katanya.
Menurutnya lagi, sejak daripada isu berkenaan dia kerap menerima mesej berbaur kasar daripada individu tidak dikenali.
“Saya ada terima DM yang berbunyi agak kasar waktu benda ini terjadi, tapi saya buat tak tahu je.
"Kalau saya layan, bagi ruang pada mereka untuk berkata-kata dan membuatkan saya semakin stress serta sedih. Jadi saya buat tak tahu je,” katanya.
Bunga berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu baharunya berjudul Amaran duet bersama penyanyi Siti Nordiana di TGV 1 Utama, Petaling Jaya, semalam.
Terdahulu, Ismail mendedahkan yang hubungan cintanya dengan Yana sudah berkecai sekitar awal November lalu.
Jelasnya, mereka sudah membawa haluan masing-masing dan kini mahu memberi fokus kepada kerjaya seni.