Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) berkongsi foto dirinya yang memakai pakaian hitam dan agak seksi baru-baru ini.

Meskipun perkongsian di Instagram itu hanya untuk tujuan suka-suka, namun tentunya ia mengundang reaksi berbeza daripada netizen.

Menjengah ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan dan pesona penyanyi lagu Cinta Sejati itu.

Namun, ada juga netizen yang seakan kurang selesa dan menasihati BCL agar tidak berpenampilan seksi, tambahan lagi dia kini memegang status ibu tunggal.

"Maaf kalau saya salah kata, saya kan penggemar mbak, mbak kan single dengan anak satu, lebih baik pakai baju yang tidak terbuka," tulis seorang peminatnya.

"Bila ya mahu berpakaian lengkap," soal seorang lagi pengguna Instagram.

"Hi Bunga, jaga harga diri baik-baik," tulis netizen yang lainnya.

"Lebih cantik memakai hijab dan selalu istiqomah dalam ketaatan pada-Nya, Insya-Allah," tulis seorang lagi dalam nada positif.

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)


Terdahulu, suami BCL, pelakon Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

BACA LANJUT: Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Kerana Serangan Jantung