Seorang kanak-kanak perempuan di Mississippi, Amerika Syarikat diberi peluang menakjubkan apabila dia dibenarkan untuk menyambut kelahiran adiknya sendiri.
Jacee Dellapena, 12, berjaya menyambut kelahiran adik lelakinya di Hospital Baptist, Jackson dengan bantuan doktor.
Pada awalnya, Jacee yang berada di dalam bilik bersalin dilihat begitu bersemangat memberi sokongan kepada ibunya sebelum melahirkan.
Kemudian, doktor telah memanggilnya dan meminta dia menyambut kelahiran bayi tersebut.
”Mulanya saya menangis kerana fikir tak dapat lihat adik saya dilahirkan.
”Saya memang tak sangka kerana diberi peluang untuk menyambut kelahiran seorang bayi.
”Sebelum ini saya pernah bermain menjadi doktor, tetapi pengalaman ini bagaikan mimpi menjadi kenyataan!” katanya yang teruja apabila diberi peluang keemasan itu.
Menurut ibunya, Dede, Jacee sendiri yang membuat permintaan untuk berada di dalam bilik bersalin.
”Pada mulanya saya tidak membenarkan Jecee untuk berada di bilik bersalin kerana usianya yang masih muda.
”Tetapi setelah berbincang dengan suami dan kami tidak merancang untuk mempunyai anak lagi, akhirnya kami bersetuju untuk membenarkan Jecee masuk ke bilik bersalin.
”Saya juga tak sangka dan terkejut apabila doktor memberi kebenaran kepada Jecee untuk menyambut kelahiran bayi ini,” katanya kepada portal MS News.
Pengalaman berharga Jecee itu telah dikongsi di laman sosial Facebook dan mendapat perhatian ramai.
Rata-rata netizen berpendapat bahawa ianya satu pengalaman berharga buat kanak-kanak berusia 12 tahun.
Ada juga yang menyatakan dengan pengalaman itu, dia akan lebih menghargai pengorbanan seorang ibu semasa melahirkan.
Sumber : Ntd.tv
Olahan : Izzat Ridzwan
Muhammad Izzat
Wed Jun 14 2017
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.