Tular di media sosial memaparkan sebuah keluarga terlibat dalam kemalangan berhampiran dengan tol Bukit Besi.
Dipercayai kemalangan itu menyebabkan beberapa mangsa termasuk ke dalam sungai berhampiran jalan raya tersebut.
Menerusi video dimuat naik oleh pengguna yang dikenali sebagai@MALAYSIAVIRALLL di Platform X, dapat dilihat beberapa orang sedang bertungkus lumus menyelamatkan seorang kanak-kanak yang lemas dek kerana nahas berkenaan.
“Kemalangan sebelum keluar tol Bukit Besi. Nak tahu macam mana keadaan bayi tu sekarang.
“Sedih dengar bila merayu dan minta tolong buat CPR dekat kereta yang lalu,” tulis individu itu di ruangan kapsyen.