VIRAL
Kantoi Curang, Netizen Anggar Isteri CEO Astronomer Bakal Dapat Harta Lebih RM200 Juta Jika Berpisah
Kecoh di media sosial apabila Ketua Pegawai Eksekutif syarikat teknologi data Astronomer Andy Byron dirakam curang dengan Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikatnya sendiri di konsert Coldplay.
Video berdurasi beberapa saat itu menunjukkan mereka berpelukan mesra di tengah ribuan penonton dan kini menjadi perbualan hangat di TikTok dan X. Aksi tersebut bukan sahaja mencalar imej profesional Byron malah mengundang pelbagai spekulasi termasuk kemungkinan isterinya Megan Kerrigan Byron memfailkan perceraian dalam masa terdekat.
Megan yang juga seorang guru di Sekolah Bancroft Worcester masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi di media sosial. Namun warga maya sudah mula membuat kiraan mengenai harta sepencarian yang berpotensi dimiliki Megan jika perceraian benar-benar berlaku.
Nilai kekayaan Byron dianggarkan antara 20 juta hingga 70 juta dolar Amerika iaitu kira-kira 85 juta hingga 298 juta ringgit. Jika dibuktikan bersalah sebahagian besar harta itu mungkin menjadi milik isterinya.
Dalam kenyataan rasmi Byron mengaku tindakan tersebut adalah satu kesilapan peribadi yang mengecewakan ramai pihak.
“Saya sepatutnya menjadi contoh lebih baik bukan hanya sebagai pasangan dan bapa tetapi juga sebagai pemimpin. Apa yang sepatutnya menjadi malam penuh muzik dan kegembiraan berubah menjadi satu kesilapan besar yang berlaku secara terbuka,” katanya.
Byron turut menyatakan bahawa beliau kini mengambil masa untuk bermuhasabah dan mempertimbangkan langkah seterusnya dalam kehidupan peribadi dan profesional.
Must-Watch Video