Laman Utama
Kanye West ‘Cuti’ Cakap, Se*ks & Alkohol Sebulan
Selepas terbabit dengan pelbagai kontroversi, Kanye West dilihat mengambil pendekatan dengan cara tersendiri.
West atau Ye menerusi platform media sosialnya mengatakan dia akan berehat selama sebulan.
Antara yang tidak akan dilakukannya dalam tempoh satu bulan ke depan ini adalah tidak bercakap, tidak melakukan aktiviti seks atau meminum alkohol.
“Saya tidak akan bercakap dengan sesiapapun selama satu bulan,” katanya seperti dilaporkan Billboard.
Di Twitter, Ye mencuit: “Saya akan berehat selama 30 hari. Tiada percakapan (puasa). Tiada alkohol. Tiada filem porno. Tiada seks.”
Bagaimanapun bintang sensasi itu mengatakan platform media sosialnya tetap wujud.
Mantan suami Kim Kardashian itu berdepan banyak kontroversi kerana keceluparan dan perkataan perkataan tidak sensitif yang sering dikeluarkan di media sosial.
Sebagai ‘balasan’, banyak jenama terkemuka dunia seperti Balenciaga, Gap dan Adidas menghentikan kerjasama dengannya serta merta.
Tiada lagi kerjasama dengan dua jenama gergasi tersebut membuatkan Ye keluar dari golongan billionaire.
Dia malah mengaku kerugian RM9.4 bilion dalam sehari kerana pembatalan kontrak kerjasama yang dijalinkan.
Must-Watch Video