Kehidupan model kelahiran Rusia. Irina Shayk saat ini memang menjadi buruan para paparazi.
Hal itu lantaran dirinya yang dilaporkan hangat menjalin hubungan asmara dengan rapper terkenal, Kanye West yang sedang berdepan proses perceraian dari isterinya, Kim Kardashian.
Hubungan asmara Shayk dan West, 44, mula dihidu selepas mereka menghabiskan masa bersama di Perancis.
West dikatakan telah memulakan langkah pertama untuk mendekati model tersebut selepas isterinya, Kim K memfailkan perceraian pada Februari lalu.
"Mereka telah bersama beberapa bulan ini dan West cukup selesa dengannya. Dia bahagia kerana Shayk merupakan seorang wanita yang easy going. West fikir mereka akan menjadi pasangan yang chic kerana Shayk juga seorang model yang hebat," kata satu sumber mengenai pasangan ini.
Sementara itu, di sebalik hangat kisah percintaannya dengan West, model berusia 35 tahun tersebut 'ditangkap lensa' paparazi sedang menghabiskan masa bersama mantan kekaksihnya, aktor Bradley Cooper.
Menerusi laporan US Weekly, Shayk dan aktor berusia 46 tahun itu dilihat menghabiskan masa bersama anak perempuan mereka di New York, semalam. Kedua duanya kelihatan ceria saat menemani anak mereka, Lea de Seine yang kini berusia 4 tahun.
Shayk dan Cooper bercinta sejak 2015 sebelum berpisah pada tahun 2019, namun sepakat untuk menjaga hubungan baik demi anak mereka.
West pula mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan dengan Kim K selama enam tahun.
Kredit Foto: Vulture
Maliah Surip
Fri Jun 18 2021


Khairul Aming Dedah Tidak Memiliki Rumah, Hanya Ada Satu Pinjaman Bank
Ramai terinspirasi

Netizen Dakwa Zoey Rahman Dah Tak Handsome Macam Dulu, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…
Ye ke Zoey dah tak handsome macam dulu?

“Untuk Berkahwin Kena Jaga Niat, Bukan Sebab Nafsu Semata…” - Imran Aqil
Suka tengok Imran dan isteri, Dahlia.

Michael Ang Fobia Pernah Kena Gigit Anjing Belaan Bapa - "Kalau I Ada Kuasa I Akan Buat Law..."
Tak semua tempat haiwan perliharaan sesuai dibawa.

Guru Kritik Soalan Matematik Budak Darjah 3 Tak Masuk Akal - “Tak Dak Akidah Punya Soalan”
Memang nampak susah untuk budak darjah tiga

McDonald’s Malaysia Buat Laporan Polis Isu Pelanggan Dikenakan Caj Untuk Sos Cili Peket
Ini kenyataan daripada McDonald's Malaysia

“Saya Bukan Nabi…” - Perceraian Kali Ketiga Uji Kesabaran Engku Emran
Emran kongsi perasaannya di Instastory.

Mamat Tak Pernah Cemburui Ezad Lazim, Masing-Masing Ada Kekuatan
Kumpulan Exists diketahui mempunyai dua vokalis. Vokalis pertama adalah Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin.

Senang Cuci & Mesra Wuduk! Puteri Sarah & Nad Zainal Kongsi Tutorial Mudah Mekap On The Go
Sibuk dengan tugas seharian tidak menghalang wanita untuk kekal cantik dan menawan.
_3.png?ext=.png)