Tidak dinafikan apabila berkeinginan untuk melancong, sudah pasti antara perkara utama selain passport yang dititikberatkan adalah telefon pintar.

Percaya atau tidak ini kerana kualiti gambar, kualiti ketahanan bateri telefon pintar juga memainkan peranan penting dalam membantu untuk ‘lit up’ kan ‘mood’ ketika bercuti.

Bayangkan ketika anda sedang menikmati keindahan atau berada dilokasi menarik yang sudah lama berada dalam senarai ‘bucket list’ anda tiba-tiba telefon pintar buat hal.

Storage penuh dan bateri pula tidak tahan lama, comfirm rasa geram kan?

Tetapi jangan khuatir kerana HONOR 9X adalah penyelesaiannya!

Dengan adanya HONOR 9X, penggunaan telefon model ini boleh membuatkan anda tersenyum sepanjang hari.

6.59" HONOR FullView Display




Skrin besar! 6.59" HONOR FullView Display ini tidak ada sedikit pun ruang terlebih pada paparan skrin yang membuatkan anda berasa puas hati untuk menonton filem kegemaran mahupun bermain permainan video. Skrin besar HONOR 9x ni juga mempunyai nisbah 91% skrin kepada badan fon.

Ruangan Penyimpanan Yang Lebih Besar




Ahah! Ini merupakan salah satu sebab mengapa harus memiliki HONOR 9X.

Ruang simpan yang besar! HONOR 9X menyokong 6GB + 128 GB storage dalaman sehingga 512GB storage yang boleh diperkembangkan sehingga anda boleh menyimpan dan memindahkan foto, filem, dan fail dengan mudah ke mana sahaja anda pergi.

Jadi sepanjang trip, bolehlah bercuti dengan tenang tanpa perlu risaukan telefon tidak cukup storage.


Bateri Besar Tahan Lama




Dengan penggunaan intensif dari hari ke hari, HONOR 9X telah menawarkan kapasiti bateri besar pada peranti untuk membolehkan ia memberi masa penggunaan yang lama.

Dengan adanya kapasiti bateri besar ini, ia membolehkan telefon dengan padanan ini menawarkan masa nyalaan skrin yang lama (iaitu sekitar 7-9 jam) untuk memberikan kepuasan dan membuatkan anda lupa mengenai powerbank!

48MP Triple Kamera




HONOR 9X mempunyai 3 kamera belakang untuk pelbagai gambar dalam setiap situasi. Ia mempunyai 2MP Depth-Assist Kamera dengan fungsi Accurate Edge Detection yang sesuai untuk gambar portret yang cantik.

Selain itu, ia juga mempunyai 48MP Kamera Utama yang mempunyai sensor besar saiz 1/2'” dan apertur yang luas sebanyak F/1.8.

Akhir sekali, HONOR 9X juga mempunyai 8MP Super Wide Angle Kamera yang mempunyai 120 darjah FOV (Field of View) dan fungsi Intelligent Distortion Correction.

Xceptional Beauty



Dari awal, HONOR telah mencipta panel belakang licin HONOR 9X dengan kesan mutiara X berkilauan yang pasti membuatkan anda terpukau.

Bukan hanya sekadar telefon, rekaan HONOR 9X juga sungguh cantik dan bergaya.

Anda boleh mendapatkan HONOR 9X terbaru ni pada harga RM999 sahaja di hihonor, Shopee, Lazada, dan kedai pengalaman HONOR.



Jika anda mempunyai modal lama HONOR, anda boleh trade-in sebanyak RM350 untuk HONOR 9X terbaru ni. Promosi hanya sah dari 29 Nov hingga 5 Jan 2020 sahaja. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman ni.