,
Berita

"Karangan BM Pun Dapat 9/100" - Rapper Wanita Pertama Def Jam Asia Tenggara, Sya Akui Pernah Jadi Mangsa Buli Gara-Gara...

ZULHILMI JALIL
22/12/2020
01:10 MYT
Pendatang baharu yang juga merupakan penyanyi rap, Sya mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahan.
Menurut Sya atau nama sebenarnya Nur Batrisya Mohd. Nazri, 24, situasi itu berlaku ketika dia pulang ke Malaysia selepas tinggal di luar negara.
"Saya dah biasa dibuli sejak kecil. Ketika itu saya baru pulang menyambung persekolahan di negara ini selepas pernah tinggal di Bahrain dan Pakistan.
"Jadi, bahasa percakapan utama saya adalah bahasa Inggeris selain saya tak biasa dengan budaya di negara ini. Mereka kecam dan kritik," katanya kepada Gempak.
Begitupun, menurut Sya, situasi tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus maju ke depan.
"Ketika itu memang penguasaan bahasa Melayu saya agak kurang. Bahkan, karangan Bahasa Melayu saya pernah dapat 9/100. Bagaimanapun, sewaktu SPM, saya dapat B+," katanya yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong, Sarawak.
Sya berkongsi hal tersebut ketika ditemui di ibu pejabat Universal Music Malaysia sewaktu mempromosikan single pertamanya, PrettyGirlBop yang mendapat sentuhan penerbit, dan rapper terkenal SonaOne.
Lagu tersebut merupakan gandingan anak kelahiran Ampang, Selangor itu bersama rapper Singapura, Yung Raja.
Ditanya mengenai pembabitannya dalam dunia muzik, kata Sya, dia mula bergiat aktif sejak zaman belajar lagi.
"Ada satu freestyle rap yang saya muat naik di Instagram jadi viral di Twitter yang kemudian mendapat perhatian Joe Flizzow dan SonaOne.
"Kemudian bermulalah perjalanan muzik saya," katanya yang merupakan penyanyi rap wanita pertama bernaung di bawah Def Jam Asia Tenggara.
Sebagai info, Def Jam pernah mewakili nama-nama besar seperti The Beastie Boys, Jay Z, Kanye West, Nas, Rihanna dan Justin Bieber.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ada Pengarah Suruh Saya Cari Kekasih Lelaki Melayu Supaya Dapat Berlatih ...." - Nina Kho”

gempak
18/09/2024
02:55 MYT
Pelakon Nina Kho mengakui masih banyak perlu diperbaiki sebagai seorang pelakon terutamanya memperbaiki komunikasi dalam bahasa Melayu.
Hiburan

“Rasanya Dia Lagi Fasih Daripada Saya” - Zahirah Macwilson Akui Penting Anak Tahu Bahasa Melayu

gempak
14/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Zahirah Macwilson akui berasa kagum melihat anak sulungnya, Isaac Raees bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar.
Hollywood

Rapper Fatman Scoop Meninggal Dunia, Pengsan Waktu Persembahan

gempak
01/09/2024
05:11 MYT
Rapper terkenal dari Amerika Syarikat, Fatman Scoop dilaporkan meninggal dunia sewaktu membuat konsert percuma di Connecticut hujung minggu ini.
Hiburan

Jadi Sensasi di Media Sosial, MC Baba Rapper Pekak & Bisu Pertama Di Dunia?

gempak
08/06/2024
12:54 MYT
Barangkali ramai yang tidak terfikir bagaimana seorang individu kurang upaya (OKU) pekak dan bisu boleh menjadi rapper atau penyanyi?
Hiburan

Dekorasi Macam Rumah Orang Malaysia, Kediaman Cardi B Curi Tumpuan Netizen!

gempak
15/05/2024
11:55 MYT
Penyanyi rap antarabangsa, Cardi B meraih perhatian netizen Malaysia gambar kediamannya dikongsikan oleh wargamaya di laman sosial. Hal ini kerana, dekorasi kediaman Cardi B itu dilihat persis seperti kediaman yang sering dilihat di rumah-rumah tempatan.