Laman Utama

Kareena Kapoor Trauma Nama Anak Dipersenda, Taimur Diambil Sempena…

gempak
Maliah Surip
15/09/2023
13:50 MYT
Sponsor Banner
Kareena Kapoor Trauma Nama Anak Dipersenda, Taimur Diambil Sempena…
Aktres Kareena Kapoor mendedahkan dia dan suami, Saif Ali Khan sempat terkejut serta trauma selepas nama anak sulung mereka dipersendakan segelintir peminat.
Kareena dan Saif menimang cahayamata pertama seorang lelaki yang diberi nama Taimur pada tahun 2016.
Sebaik mengumumkan nama anak mereka, pasangan tersebut terkejut kerana ada yang memberi komen negatif dan mempersendakan nama Taimur.
“Saya tidak fikir ada ibu atau anak yang akan menerima hal itu (persenda) dengan baik. Sehingga kini saya tidak faham mengapa ia berlaku kerana tiada sesiapa berhak memalukan kita.
“Saya tahu kita berpegang kepada kebebasan bercakap, kebebasan melakukan apapun tapi bukan dengan mengejek orang.
“Nama Taimur dipermainkan. Saya terkejut dan trauma. Tapi kami dapat menanganinya dengan baik,” ujar Kareena seperti dilaporkan Indian Express.
Dalam temubual sama, aktres yang akan muncul dengan filem terbaru, Jaane Jaan mendedahkan bagaimana nama Taimur dipilih.
“Taimur adalah nama kawan baik dan pertama yang Saif temui sewaktu dia mula berpindah ke bandar.
“Jadi Saif cakap pada saya ‘jika kita dapat anak lelaki saya mahu menamakan dia Taimur sempena nama kawan pertama saya.’ Dan ya, namanya Taimur Ali Khan,” dedah Kareena.
Selain Taimur, Kareena dan Saif yang berkahwin pada 2012 juga memiliki seorang lagi anak iaitu Jehangir Ali Khan atau dipanggil Jeh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live