Filem pecah panggung di negara China pada tahun ini, On Your Mark kini bersedia menemui penonton Malaysia mulai 26 Ogos ini.

Diarahkan oleh pengarah hebat Malaysia Chiu Keng Guan, filem On Your Mark yang telah ditayangkan di China pada 18 Jun lalu berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8.7 juta (RMB 13.65 juta) sekali gus menduduki tangga nombor satu carta filem di China.

Menerusi laman sosial, ramai penonton China yang memberikan komen yang positif terhadap filem ini.

Pada mereka, filem yang digarap daripada kisah benar ikatan bapa dan anak sebuah keluarga China ini benar-benar menyentuh perasaan dan menyemai rasa kasih sayang.

This Malaysian director made the best Chinese family movie this year. Touching storylines,” komen seorang wargamaya dari China.

An everlasting love from a father, so touching!” kata seorang wargamaya lagi.

Cukup mendapat sambutan hangat, filem ini berjaya menamatkan tayangannya di China dengan meraih kutipan secara keseluruhan sebanyak RMB148 juta (RM96 juta).

On Your Mark dibintangi pelakon hebat China seperti Wang Yanhui, Zhang Youhao, Gong Beibi, Zhao Liang, Li Yu, Liu Jinshan dan penampilan istimewa oleh pelakon filem The Last Tycoon, Feng Wenjuan.

Filem ini mengisahkan seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari maraton seperti ibunya.

Namun, cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xiao Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia.

Namun, sewaktu berlatih secara sembunyi, Xiao Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi kenyataan apabila Xio Erdong disahkan buta.

Saksikan filem hebat On Your Mark yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 26 Ogos 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.