Jenama kasut terkenal dunia, Asics meraikan makanan kegemaran rakyat Malaysia, nasi lemak dalam koleksi terbarunya.

Hasil kolaborasi bersama Hundred% dan Snearkerlah, Asics menghasilkan kasut edisi terhad yang diinspirasikan daripada hidangan ikonik, nasi lemak.



Cukup enak dinikmati bersama sambal, ikan bilis, kacang goreng, timun dan telur rebus, kasut ini mendapat sentuhan warna seakan-akan komponen penting dalam menu lazat tanahair itu.

Diberi nama GEL-Kayano 5, kasut ini menggabungkan lima warna utama nasi lemak iaitu putih, kuning, merah dan hijau dan turut menampilkan logo seakan-akan telur rebus di bahagian belakangnya.



Koleksi ini mula dijual pada harga RM599 hanya pada 5 dan 6 Oktober ini.

Bersedia untuk rebut GEL-Kayano 5 anda, kasut ini hanya dikeluarkan sebanyak 500 pasang sahaja.

Dapatkan kasut Asics nasi lemak anda di sini.