Laman Utama

“Kat Mana Tu?”- Netizen Suspek Sharifah Sakinah & Kekasih Dah Tinggalkan Malaysia

gempak
Syafiqah Jalal
20/04/2021
06:49 MYT
Sponsor Banner
“Kat Mana Tu?”- Netizen Suspek Sharifah Sakinah & Kekasih Dah Tinggalkan Malaysia
Sepotong video pelakon Sharifah Sakinah yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya telah menarik perhatian serta menjadi tanda tanya netizen.
Video Sakinah dan kekasihnya warga Sweden bernama Michael Hansen sedang melakukan senaman itu dilihat seperti berada di satu negara lain.
Entri tersebut telah membuatkan warga maya mula tertanya-tanya adakah Sakinah kini sudah ke luar negara mengikut kekasihnya berpindah.
“Sakinah berada kat mana sekarang ni?” tanya salah seorang pengikutnya.
“Is it Sverige?” teka salah seorang warga net
“Dah pindah negara ka?” tanya lagi salah seorang netizen.
Sakinah bagaimana pun terus mendiamkan diri dan membiarkan ia menjadi tanya tanya.
Pun begitu, ada juga yang merasakan pasangan itu sudah berkahwin dan pindah ke luar negara.
“Dah kahwin ke Kinah?” sangka salah seorang warga maya.
“Wah dah sampai sana! All the best,” ucap salah seorang pengikutnya
“You left us already? Stay safe and happy with your loved ones Kinaaaahhh!” ucap lagi salah seorang peminatnya.
Terdahulu, dalam salah sebuah program Heart2Heart yang dihoskan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi, Sakinah memaklumkan dia bakal berpindah ke luar negara bagi menjalani rawatan penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD.
Sebelum ini difahamkan, Sakinah sudah pun bertunang dengan Michael dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.
Sakinah bercerai dengan Afif Adha pada Mei 2020 selepas mendirikan rumah tangga selama dua tahun dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024