Laman Utama

“Katanya Pertandingan Untuk Lagu, Bukan Populariti…Tak Kisah Tolak Tapi Berilah Alasan Kukuh…” – Poova

gempak
Fiza Kamarudin
29/10/2021
12:40 MYT
Sponsor Banner
“Katanya Pertandingan Untuk Lagu, Bukan Populariti…Tak Kisah Tolak Tapi Berilah Alasan Kukuh…” – Poova
Penyanyi, Poova akui pernah berasa kecewa dan putus asa selepas lagunya berjudul Karya ditolak tanpa alasan kukuh sebuah program televisyen.
Menurut Poova apa yang lebih mengecewakan apabila lagu ciptaan Omar K, Shazee Ishak dan Firdaus Rahmat itu dikatakan tidak memenuhi kriteria.
“Ya, saya tahu ‘tidak mudah’ nak tembus carta…Tetapi berilah alasan yang lebih kukuh..Bila ditanya kriteria apa yang dimaksudkan, tidak ada jawapan mengenainya.
“Sekurang-kurangnya beritahulah supaya kami semua (penyanyi, management dan komposer) tahu di mana kelemahan lagu Karya dan boleh memperbaiki kelemahan pada masa akan datang.
“Ketika itu saya terfikir, komposer dan penulis lirik Karya bukanlah tidak dikenali dalam industri ini atau adakah Karya tidak layak masuk carta kerana penyanyinya tidak popular?
“Tapi tak mungkinlah kerana populariti kerana setahu saya kelayakan untuk berada dalam carta muzik bukan kerana populariti penyanyinya tetapi lagu yang dipertandingkan,” kata Poova.
Bagaimanapun kata Poova, dia kini Kembali dengan semangat baru dan tidak akan berputus asa untuk menyanyikan lagu-lagu berbahasa Melayu.
“Hampir 11 tahun berada dalam industri, saya mengaku lebih dikenali sebagai penyanyi dan penulis lirik lagu-lagu berbahasa Inggeris.
“Karya adalah single bahasa Melayu saya yang pertama. Tidak mengapalah mungkin bukan rezeki Karya untuk berada dalam carta muzik tempatan.
“Walaupun saya hampir berputus asa dan mengalami tekanan selepas Karya dikatakan tidak layak berada dalam carta, saya bangkit semula selepas beberapa hari.
“Saya anggap ia sebagai suka duka dan cabaran sebagai anak seni,” katanya positif.
Poova sebelum ini pernah memenangi beberapa anugerah di Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM21) antaranya kategori Artis Baru Terbaik AIM21.
Poova ditemui ketika Majlis Memperkenalkan Aplikasi Baharu Syok di The Bee, Publika, Kuala Lumpur pada petang Khamis.
Bermula 1 November ini rakyat Malaysia boleh menikmati 60 stesen radio di atas talian menerusi aplikasi Syok yang menyediakan pelbagai informasi terkini termasuk pelbagai genre muzik.
Pengguna juga boleh menikmati podcast dengan saluran-saluran yang gempak dan terkini bersama selebriti Malaysia!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live