Laman Utama

'Kate' Mati, Nabil Mahir Kecewa Klinik Haiwan Enggan Rawat Kucing Cedera - "Mereka Suruh Ke Veterinar Lain Sebab Nak Tutup"

gempak
Gempak
01/08/2022
03:55 MYT
Sponsor Banner
'Kate' Mati, Nabil Mahir Kecewa Klinik Haiwan Enggan Rawat Kucing Cedera - "Mereka Suruh Ke Veterinar Lain Sebab Nak Tutup"
Pengacara Nabil Mahir meluahkan rasa kesal terhadap sebuah klinik haiwan yang enggan merawat kucingnya yang cedera.
Jelas Nabil, klinik haiwan terbabit memintanya agar membawa kucing yang diberi nama Kate itu ke klinik lain yang berhampiran dengan alasan mereka sudah hampir menamatkan waktu operasi.
"Saya datang melawat anak-anak bulu dan terkejut melihat salah seekornya mati. Saya tak pasti kenapa tapi dua minggu lepas Scarlett bersalin empat ekor anak tapi tiga daripadanya mati.
"Tiba-tiba saya dapati Kate berdarah dan lemah. Saya terus membawanya ke klinik veterinar berhampiran dan memaklumkan mereka ini kes kecemasan.
"Mereka suruh saya ke klinik haiwan lain kerana mereka sudah nak tutup. Kalaulah mereka betul-betul sayangkan haiwan, mereka patut terimanya.
"Tak lama lepas tu, Kate pun mati. Saya akan benci selamanya klinik haiwan yang memilih untuk menolak permintaan saya untuk membantu Kate," ceritanya menerusi hantaran di Instagram Stories.
Dalam pada itu, Nabil turut meninggalkan komen di akaun klinik veterinar terbabit, menceritakan pengalamannya baru-baru ini.
Tulis Nabil pada ruang komen klinik haiwan berkenaan; "Kucing saya mati kerana kamu tak nak bantu. Ia berdarah-darah dan lemah, bila sampai staf hanya memandang dari luar sangkar dan memberitahu mereka tutup, kemudian suruh saya ke tempat lain."

Ayda Jebat sedih kucing Nabil mati

Sementara itu, isterinya, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat turut berkongsi luahan sama, terkesan dengan kehilangan kedua-dua ekor kucing Nabil.
"Seekor kucing Nabil dah mati, lagi seekor cedera. Tak pastu kenapa, mungkin bergaduh.
"Nabil bawa kucingnya yang cedera ke klinik. Tengok saja dari luar sangkar dan mereka cakap klinik dah nak tutup, cari klinik lain yang buka.
"Ini kes kecemasan kan? Kata klinik veterinar. Kalau kamu terima dan periksa, kucing itu masih boleh diselamatkan.
"Nabil nangis dan terus menangis. Sekarang baru saya tahu perasaan bila haiwan kesayangan mati. Walaupun saya tak jaga, tapi saya saksi Nabil jaga 12 kucing jalanan dan sayang mereka sungguh-sungguh, layan mereka baik-baik. Ia sangat menyentuh hati.
"Saya terbayang, kalaulah kucing itu anak kita, kita bawa ke klinik dan klinik tu cakap maaf nak tutup. Bawa ke klinik lain dan anak kita tak dapat diselamatkan?" tulis Ayda yang turut sebak dengan situasi menimpa Nabil.
Gempak turut cuba mendapatkan maklumb balas daripada klinik haiwan terbabit namun enggan mengulas lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live