“Kau Buat Orang Nampak Teruk, Happy Balik Kampung”- Nadir Al Nuri Kena Kecam Lagi, Karikatur Buat Ramai Tersinggung?
Aktivis kemanusiaan Nadir Al Nuri sekali lagi menjadi kecaman netizen apabila membandingkan situasi di Malaysia dengan negara Palestin menerusi satu hantaran di Twitter.
Berbezanya kali ini, isu tersebut kembali ‘panas’ apabila Nadir memuat naik sebuah gambar karikatur.
Menerusi gambar berkenaan, dapat dilihat situasi di Malaysia dan Palestin yang mana kedua-duanya sudah lama tidak pulang ke kampung.
Pun begitu, Malaysia hanya melalui pengalaman tersebut sekitar dua tahun.
Tempoh itu sekelumit pun tidak mampu menandingi penderitaan penduduk palestin yang sudah 73 tahun tidak bertemu keluarga di kampung.
Rentetan daripada posting tersebut berkenaan, platform Twitter aktivitis tersebut ‘dibanjiri’ dengan pelbagai kecaman netizen.
Biarpun ada yang menyokong tindakan Nadir memberi peringatan kepada orang ramai, namun tinjauan Gempak mendapati rata-ratanya menolak fahaman tersebut.
Bagi mereka, situasi yang dibandingkan itu sangat berbeza dan ia seolah-olah tidak membenarkan rakyat Malaysia merasai nikmat bahagia sebaik halangan rentas negeri dibuka.
“I don't understand kenapa orang nak sakit hati sangat, Dia mengingatkan dan terpulang la kalau nak ambil atau tidak, tak perlu pun nak maki sana sini”.
“Sekali je cukup kot? Tahu la ‘the only malaysian in palestine’ tapi boleh relax kejap kot?”.
“Tak payah la nak banding malaysia dengan palestine bang. Dua dua ada struggle dan ujian masing masing. Kau buat macam nampak teruk sangat pulak orang happy sikit dapat balik kampung,” tulis beberapa netizen.
Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.
Doakan semoga mereka juga dapat pulang ke kampung halaman bertemu keluarga, ameen. Terima kasih karya #GaleriSentuhanArifSan. pic.twitter.com/UXIR5UBcBm
— NadirAlNuri (@NadirAlNuri) October 14, 2021
Terdahulu,Nadir menerusi satu komen menyatakan sekiranya dia berada di Malaysia, dia juga akan pulang ke kampung halaman.
Tegasnya, dia hanya meminta untuk berdoa kepada saudara yang tidak dapat mengecapi kegembiraan seperti orang lain.