Pendakwah bebas terkenal Ustaz Ahmad Dasuki tampil menegur kenyataan selebriti serba boleh Ifa Raziah bahawa persembahan (gelek) yang dilakukan semuanya dibayar dan atas urusan kerja.

Ustaz Ahmad Dasuki membidas kenyataan itu dengan memberitahu tidak semua duit yang diterima itu menjadi keuntungan dalam hidupnya kerana bimbang bakal membawa kecelakaan kelak.

“Tak semua yang boleh bawa masuk duit tu menjadi keuntungan bagi kehidupan kita, yang di bimbang jika yang masuk duit tu membawa kepada kecelakaan di masa depan kita.

“Setiap mukmin akan di soal di hadapan Allah nanti dari mana ia mendapatkan hartanya dan kemana ia membelanjakan hartanya di jalan Allah.

“Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek goleklah ia di akhirat nanti, menjawab di hadapan Allah, lebih lebih lagi hartanya dari sumber menggolek mengelek punggungnya di khalayak ramai di dunia ini…,” jelasnya.

Ustaz Ahmad Dasuki menyatakan hujahnya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran berkenaan dia memuat paparan skrin artikel yang menunjukkan kenyataan Ifa tentang penjelasannya dikecam bergelek di satu majlis akikah dan ulang tahun perkahwinan rakannya.

Di akhir sekali, Ustaz Ahmad Dasuki sempat mempersoalkan aksi gelek yang dilakukan Ifa itu.

“Kau ingat gelek di khalayak tu dapat pahala ke?… bangganya kau!!”tulisnya lagi.

Terdahulu tular video rakaman Ifa dan juga usahawan berkontroversi Kak KM sedang bergelek di satu majlis yang meraikan dua acara iaitu akikah dan ulang tahun perkahwinan pada dua minggu lalu.

A post shared by Ustaz Ahmad Dusuki (@ustazahmaddusuki)