gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Lepas Gegar Vaganza, ‘Job’ Ronnie Hussein Makin Rancak - “Jemputan Bertambah Jadi Double, Tak Sempat Nak…”
HIBURAN
“Kalau Ada Yang Kata Sakit, Saya Hanya Minta…” - Dafi Jawab Dakwaan Sering Ke Hospital Sebab Hidap Kanser
BERITA
Hutang PTPTN Pelajar UPSI Maut Kemalangan Dilupuskan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Kau Panggil Aku Pelacur Tapi Kau Yang...." - Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar Jual Diri Dalam Aplikasi Cari Jodoh?

gempak
Umirah Halim
10/06/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
"Kau Panggil Aku Pelacur Tapi Kau Yang...." - Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar Jual Diri Dalam Aplikasi Cari Jodoh?
Kontroversi antara bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh, terus hangat apabila wanita itu tampil membuat pendedahan mengejutkan mengenai dakwaan Shuk melanggan pelacur serta menggunakan aplikasi cari jodoh dalam talian.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Fara bukan sahaja menuduh bekas suaminya tidak hadir ke mahkamah bagi urusan pendaftaran perkahwinan, malah mendakwa Shuk sering melemparkan tuduhan palsu terhadap dirinya.
“Ke kau tengah seronok lupa tanggungjawab pada anak ni sebab busy jual diri dalam apps?
“Kau asyik panggil aku pelacur, perempuan murah, sebab kau sendiri langgan betina tu dalam Telegram!” tulisnya.
Lebih mengejutkan, Fara turut mencabar Shuk untuk mengemukakan bukti kepada umum sekiranya benar dakwaan dirinya pernah menjual badan seperti yang digembar-gemburkan.
“Ilusi sampai takut dengan bayang-bayang sendiri.
“Meh sini kau buktikan pada semua netizen kalau aku pernah menjual diri, menjual badan seperti mana kau pernah cakap aku ada video dalam Telegram dengan kawan kau. Silakan,” tulis Fara.
Kenyataan itu mula dimuat naik selepas Fara kesal dengan tindakan Shuk yang mengabaikan notis untuk hadir ke mahkamah yang telah diterimanya sejak sebulan lalu.
Sehingga kini, Shuk masih mengunci mulut dan belum memberikan sebarang maklum balas terhadap tuduhan terbabit.
Terdahulu, Fara mengesahkan Shuk telah melafazkan cerai terhadapnya melalui panggilan telefon.
Sumber: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video