Laman Utama

"Kau Serikan Hidupku Dengan Kehadiran Aleesya" - Ini Doa Noor Nabila Buat Anak Tirinya!

gempak
Hanafis Haris
30/03/2021
09:50 MYT
Sponsor Banner
"Kau Serikan Hidupku Dengan Kehadiran Aleesya" - Ini Doa Noor Nabila Buat Anak Tirinya!

Kakak kepada pengacara Noor Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor menitip doa buat anak tirinya, Engku Aleesya Engku Emran bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-12.

Doa serta ucapan indah itu dibuat Nabila menerusi satu posting terbaru di Instagramnya, sebentar tadi.

“Ya Allah ku bersyukur dan berterima kasih Ya Allah.

“Kau serikan hidupku dan anakku dengan kehadiran Aleesya.

“Wahai Rabbul alamin panjangkan usianya, sihatkan dia, luaskan rezekinya, makbulkan segala doanya, sempurnakan hajatnya, capaikan segala cita-citanya.

“Selamat hari jadi yang ke-12 sayang. Semoga Aleesya sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya. We love you so much,” katanya.

Menerusi posting berkenaan, Nabila turut memuat naik gambarnya bersama Aleesya ketika majlis pernikahannya dengan Engku Emran.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya tersentuh dengan ucapan indah tersebut.

Kebanyakan mereka turut menitip doa buat Aleesya supaya bergembira dan bahagia dengan keluarga baru.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

Sekadar info, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.

Sementara itu, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra pada 25 Oktober 2007 dan berpisah pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berumur 12 tahun.

Pada 8 September 2017 dia sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Laudya kemudian bercerai sekitar bulan Jun 2020.

BACA: Spekulasi Terjawab! Sah, Engku Emran & Noor Nabila Bernikah Hari Ini

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live